AMPANG JAYA – Tindakan 26 pelacur yang enggan membuka pintu rumah hanya bertahan setengah jam sebelum kesemua wanita itu diberkas selepas polis berjaya memecah masuk rumah yang dijadikan tempat persembunyian warga asing itu semalam.
Ketika serbuan pukul 1 pagi di sebuah rumah teres tiga tingkat di Pandan Perdana dekat sini oleh anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), pelacur-pelacur itu bersikap degil dengan enggan membuka pintu rumah untuk diperiksa.
Namun selepas setengah jam, anggota polis gagal memujuk supaya pintu rumah itu dibuka, polis terpaksa memecah rumah berkenaan dengan menggunakan pemotong besi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis percaya rumah tersebut digunakan oleh wanita warga asing itu sebagai transit untuk kegiatan pelacuran di sekitar ibu negara.
“Semasa rumah itu mula dipecahkan, beberapa pelacur itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun berjaya diberkas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: