Sunday, January 29, 2012

Tubuh bak getah

BERPENGALAMAN... sudah puluhan tahun mengajar yoga di India, Perancis dan Amerika Syarikat.
BERPENGALAMAN... sudah puluhan tahun mengajar yoga di India, Perancis dan Amerika Syarikat.

YOGA mungkin menjadi rahsia kepada kebahagiaan pada usia emas. Meskipun menjalani pembedahan menggantikan tulang pinggul pada awal 2000, Tao Porchon-Lynch masih mengajar yoga kepada muridnya pada jam 5 pagi setiap hari.

Wanita berusia 93 tahun itu yang berasal dari Westchester, yang mengamalkan yoga sejak 70 tahun lalu, juga aktif dalam tarian waltz, jitterbug, samba dan cha cha cha pada masa lapangnya.

  • Foto

    CERIA... dia suka berdansa ketika waktu lapang.

  • Foto

    CERGAS... masih mengamal yoga selepas belajar di India ketika remaja.

  • Foto

    KENANGAN... Porchon-Lynch bekas pelakon dan model.

“Saya juga suka lakukan foxtrot, khususnya yang dianggap sukar,” katanya ketawa.

Selepas mengamalkan yoga ketika zaman remajanya di India, bekas model dan aktres itu berpindah ke Amerika Syarikat apabila berusia awal 30-an.Porchon-Lynch yang pernah terbabit dalam lakonan filem di Hollywood dan muncul dalam beberapa rancangan televisyen, kemudian bekerja dengan Unitel pada 1960-an dan mewujudkan stesen televisyen di India.


Sejak 45 tahun lalu, dia mengajar yoga kepada pelajar di India, Perancis dan Amerika Syarikat. Kira-kira 400 muridnya kini aktif mengajar senaman itu.

“Saya melakukan yoga sebelum tidur dan saya melakukannya dengan pelajar saya setiap pagi. Saya bangun jam 5 pagi dan biasanya tidur tengah malam,” katanya.

Berikutan pembedahan tulang pinggul yang dijalaninya ketika berusia 84 tahun, doktor berkata, kebolehlenturannya mungkin tidak akan sama.

Dia berjaya membuktikan diagnosis doktor berkenaan silap dalam membuat ramalan itu. Sebaik pulih, dia belajar berdansa.

“Saya sungguh keras hati dalam hal itu. Apabila ada orang kata ia tidak boleh lakukan, saya akan memastikan saya boleh melakukannya. Anda hanya perlu memberi sepenuh perhatian pada apa yang anda ingin lakukan,” katanya.

Wanita itu juga sering mengetuai lawatan ke India. Sehingga ini, dia melakukan sekurang-kurangnya 25 kunjungan ke negara itu.

“Terlalu banyak yang perlu dipelajari dalam yoga dan saya merasakan seolah-olah tidak cukup masa untuk belajar semua.

“Paling menyeronokkan apabila anda menemui orang yang berkata mereka tidak boleh melakukannya, tetapi anda menunjukkan mereka boleh melakukannya,” kata Porchon-Lynch.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: