Jalin kerjasama tingkat ICT

Syarikat peneraju ke­juruteraan struktur, Evers­en­dai Corporation Bhd menandatangani perjanjian dengan Oracle’s JD Edwards EnterproseOne dan Sunway Business Applications bagi meningkatkan kecekapan teknologi komunikasi dan informasi (ICT) syarikatnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai, Datuk A K Nathan berkata, kerjasama itu memberi faedah kepada semua pihak sekali gus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Penggunaan sistem ini dijangka beroperasi April nanti, ia akan membantu mengurangkan penggunaan kos pe-ngurusan jangka panjang.

“Bagi meluaskan perniagaan, Eversendai memerlukan sistem yang boleh meningkatkan fleksibiliti, teknologi dan kecekapan aplikasi integrasi dalam operasi organisasi,” katanya selepas majlis menandatangi perjanjian persefahaman di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, Oracle’s yang juga memberikan perkhidmatan itu berharap, kerjasama ini dapat membantu memenuhi objektif asal.

Nathan berkata, syarikatnya akan meningkatkan struktur perkhidmatan dalam negara kepada 10 peratus kelak berbanding lima peratus tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah Kanan Aplikasi Oracle Malaysia, Ganapathy Sirgunavel berkata, kerjasama ini adalah peluang untuk meningkatkan kemampuan ICT dengan memperkemaskan pengurusan, logistik dan proses operasi.

Presiden Kumpulan Sunway, Datuk Chew Chee Kin menyifatkan kerjasama ini amat dinantikan oleh syarikatnya.

Eversendai adalah syarikat bertanggungjawab dalam pembinaan Hotel Burj Al Arab, Menara Emirates, Menara Berkembar Petronas dan Burj Khalifa.­­