|
|
WANITA mana yang tidak teruja apabila diajak untuk melancong terutamanya ke negara yang belum pernah mereka kunjungi! Ini bukan satu tawaran istimewa atau promosi pakej percutian, namun ia sesuatu yang tetap istimewa bagi penggemar fesyen yang mengambil inspirasi dari iklim dua lokasi tersebut.
Sempena musim luruh dan panas 2012, jenama untuk wanita bertubuh gempal, Flow, menukilkan sesuatu yang istimewa yang mengambil inspirasi dari iklim negara Amerika Latin dan Eropah Timur ini.
Sudah pasti koleksi kali ini amat sesuai untuk wanita dari kategori 'curvy' di negara ini kerana iklim tersebut tidak lari jauh dari iklim negara ini.
Di negara Amerika Latin dan Eropah Timur, perubahan dari musim sejuk ke musim luruh dan panas memberikan idea menarik buat pereka fesyen mereka menzahirkan satu koleksi pakaian yang istimewa, selesa, menarik dan menjanjikan keyakinan diri buat si pemakainya.
Lebih menarik, Flow menambah elemen percutian musim panas golongan sosialit di kepulauan indah yang terletak di Saint Tropez, Sao Paulo dan Rio.
Yang pasti para pereka Flow mencari satu fesyen yang menepati percutian sebenar, tenang, aman, damai dan jauh dari kesibukan kehidupan di kota besar. Koleksi kali ini juga mengenengahkan ledakan cetakan motif boho-chic yang semakin menjadi pilihan untuk mereka yang berani bergaya.
Dengan bahagian sulaman yang ditambah lebih banyak dari biasa, penggunaan fabrik kapas sutera pada blaus yang direka rapi pasti menepati selera wanita hari ini.
Untuk wanita yang mahukan penampilan yang lebih bergaya, terdapat blaus yang ditambah perincian labuci serta batu hiasan menarik di atas kain jersey.
Pastikan anda benar-benar rehat selesa serta menikmati percutian dengan pakaian yang cantik, sesuai dan selesa.
Bukan itu sahaja, bagi yang mahukan percutian romantik bersama pasangan, Flow turut menyediakan beberapa pilihan untuk menepati maksud tersebut. Blaus bercorak bunga dan pilihan warna lembut pasti membangkitkan mood romantis anda dan suami.
Selain pilihan blaus dan seluar, koleksi ini juga menyediakan maxi dress yang labuh diperbuat daripada kain jersey. Maxi yang dihasilkan dengan fabrik bercorak grafik dan abstrak ini pasti menyerlah keanggunan anda terutamanya pada waktu malam hari.
Bagi wanita bertubuh gempal yang masih lagi tiada keyakinan diri untuk bergaya dan keluar dari kepompong warna hitam, inilah masanya untuk anda berubah! Flow memberikan anda pelbagai pilihan, dengan potongan, warna, serta motif yang pastinya menambah keyakinan diri anda dalam erti kata bergaya yang sebenarnya.
Nikmatilah musim panas ini dengan keselesaan fesyen dan fabrik. Malah anda juga boleh mencuba seluar jean daripada fabrik mudah regang yang pastinya menjanjikan anda gaya ranggi yang selesa.
Untuk melihat sendiri koleksi hebat ini, sila kunjungi butik Flow di pusat beli-belah 1 Utama Shopping Centre, tingkat GF, Johor Premium Outlet, Highstreet, Metrojaya, Mid Valley Megamall, Pavilion KL, Tingkat 4 dan Suria KLCC, tingkat 1.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: