FENOMENA isteri meninggalkan suami untuk sambung belajar sudah menjadi lumrah, tidak kira di dalam atau luar negara.
Amat baik jika isteri ada cita-cita tinggi untuk menyambung pelajaran tetapi adakah ia dilakukan mengikut lunas-lunas agama?
Jika nawaitu seorang isteri itu jujur dan memang untuk membantu meringankan kewangan suami, sikapnya itu memang dipuji, tetapi bagaimana jika keizinan suami disalah guna untuk menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain dan kemudiannya meminta cerai?
Saya paparkan luahan perasaan Sam (bukan nama sebenar) yang sedang berdepan dengan dilema kerana isterinya yang sedang belajar di luar negara menuntut cerai.
Kita ikuti kisah Sam.
"Saya telah bernikah dengan Iza (bukan nama sebenar) sejak tujuh tahun lalu.
"Dengan kelulusan yang dimiliki, kami mendapat kerja dengan gaji yang lumayan. Alhamdulillah!
"Setahun bernikah kami dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun. Pada ulang tahun ketiga perkahwinan kami, Iza memberitahu saya yang syarikat tempat dia bekerja menawarkan dia untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan gaji penuh.
"Setelah berfikir panjang dan mendapatkan pandangan keluarga kedua-dua pihak, saya izinkan dia pergi dengan harapan dia pandai menjaga diri dan tahu statusnya sebagai isteri orang.
"Anak tinggal bersama saya buat sementara tetapi kemudian terpaksa saya hantar untuk dijaga ibu saya di kampung kerana saya tidak dapat memberi tumpuan kepadanya kerana komitmen kerja.
"Tahun pertama di luar negara Iza selalu mengirim surat, e-mel dan bertanya khabar saya dan anak. Saya tidak merasakan ditinggalkan kerana dia selalu bertanya khabar.
"Masuk tahun kedua, saya mula merasakan perubahan pada diri Iza. Saya sepatutnya melawat dia di sana bersama anak kami seperti yang telah kami persetujui. Sayangnya apabila saya maklumkan kedatangan saya, dia seperti tidak menggalakkan.
"Pelbagai alasan dia berikan kepada saya supaya saya tidak datang. Mula-mula saya fikirkan dia mungkin sibuk dengan pelajaran. Lama-kelamaan saya syak ada sesuatu yang tidak kena dengan isteri saya ini.
"Saya nekad pergi juga ke sana setelah dia mula mengelak daripada menghubungi saya. Panggilan telefon tidak berjawab, e-mel tidak berbalas.
Respons daripadanya juga mula berkurangan.
"Melalui seorang kenalan yang bekerja satu pejabat dengan Iza, saya diberitahu isteri saya sedang intim dengan seorang pegawai di syarikatnya yang juga sedang melanjutkan pelajaran di sana. Lelaki itu seorang duda.
"Saya tidak tahu kenapa saya tidak marah apabila mendengar khabar tersebut. Hati saya tenang sahaja tetapi saya mengambil keputusan untuk ke sana melihat sendiri dengan mata saya apa sebenarnya berlaku.
"Lagipun saya rindu kepadanya. Saya tidak maklumkan kepada Iza kedatangan saya kerana saya mahu buat kejutan kepadanya. Saya buat solat hajat, istikarah dan mohon petunjuk dari Allah. Jika benar apa yang saya dengar, saya mohon tunjukkan kepada saya, begitulah sebaliknya.
"Berbekalkan alamat tempat tinggal dan universiti di mana dia belajar, saya ke negara B untuk mencari bukti. Nasib baik saya ada teman lama yang sedang bekerja di sana dan bersedia untuk membantu.
"Hari pertama saya di sana, saya mengintip pergerakannya, ke mana dia pergi dan dengan siapa. Memang betul apa yang diberitahu oleh rakan sekerja Iza. Lelaki yang dikatakan duda itu ada bersamanya. Memang mereka nampak mesra. Akhirnya kelakian saya tercabar juga melihat kemesraan isteri dengan lelaki lain.
"Rasa marah mula timbul. Tapi saya ingat pesan ibu saya, jangan bertindak mengikut hati, guna akal. Tiga hari berturut-turut saya ikut jejak mereka.
"Hari keempat saya nekad bersemuka dengannya. Setelah pasti dia ada di rumah sewanya, saya mengetuk pintu. Biarpun dada saya berdebar-debar dengan apa yang bakal saya saksikan, saya nekad untuk menjadikan malam itu sebagai malam perhitungan dan penyelesaian dalam rumah tangga kami.
"Terbuka sahaja pintu, Iza yang muncul. Di belakangnya lelaki itu yang selalu saya lihat bersama dengan Iza. Mereka terperanjat beruk dengan kehadiran saya.
"Saya cuba menahan perasaan marah. Saya terus masuk dan bertanya siapa lelaki yang ada bersamanya. Iza tidak menjawab, sebaliknya mula menangis.
"Lelaki itu cuba menjawab soalan saya tetapi saya minta dia diam sebab saya hanya ingin berurusan dengan isteri saya.
"Saya tidak marah, tidak menjerit-jerit dan tidak menumbuk lelaki yang telah merosakkan rumah tangga saya tetapi saya bagi kata dua kepada Iza, supaya berfikir dan memilih, saya dan anak kami atau lelaki itu. Kemudian saya terus keluar dari rumah tersebut tanpa menoleh lagi.
"Balik ke Malaysia, saya ceritakan semua yang telah saya lihat kepada keluarga saya dan mentua. Mentua saya menangis kerana tidak sangka anaknya bertindak begitu. Ibu saya juga sedih tetapi apa nak kata semuanya sudah menjadi bubur!
"Dua minggu selepas itu, saya menerima surat dari Iza minta diceraikan. Dia juga meminta ampun dan maaf kerana terpaksa memilih lelaki itu daripada saya dan anak kami.
"Saya harap abang akan mendapat isteri yang lebih baik dan sempurna untuk masa depan abang. Maafkan saya!
Begitu mudah dia melafazkan kata. Berani sungguh perempuan zaman sekarang. Kalau dulu hanya lelaki dipersalahkan kerana keruntuhan rumah tangga, sekarang terang-terang perempuan juga mudah lupa diri, lupa tanggungjawab dan berlaku curang kepada suami.
"Saya kesal kepercayaan yang saya berikan telah disalah guna oleh Iza. Tapi saya tidak kesal kehilangan dia. Saya harap suami-suami yang mana isteri mereka teringin hendak melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau luar negara, berfikirlah semasak-masaknya.
"Bukan maksud saya semua perempuan berstatus isteri perangai macam Iza tetapi nasihat saya hati-hati. Cabaran di kampus amat hebat, tidak kira anak dara, isteri atau suami orang.
"Saya tidak menyalahkan takdir yang berlaku kepada saya kerana saya reda dengan semua itu. Mungkin jodoh saya hanya setakat itu. Saya berdoa agar saya dipertemukan jodoh dengan wanita yang lebih memahami erti kebahagiaan berumah tangga tanpa meletakkan pendidikan, pangkat dan kedudukan sebagai perkara utama.
"Semoga Allah makbulkan doa dan permintaan saya." Sam menamatkan ceritanya.
Saya kagum dengan Sam kerana bertindak profesional dalam menangani masalah rumah tangganya. Walaupun keputusan isterinya itu tidak sepatutnya berlaku, saya yakin itulah yang terbaik untuk mereka berdua.
Masing-masing telah memilih jalan hidup sendiri, mungkin takdir Allah jadi penentu, setakat itu sahaja jodoh Sam dan Iza walaupun penamatnya begitu menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku.
Salam
saya pernah melanjutkn pelajarn di luar negara, 11 tahun yg lalu.. sy brkahwin smsa brumur 19 thun dn mnyambung pelajarn di luar negara ketika 20 thn ..memang byk godaan.. prnah satu kali, seorg lelaki asing yg juga penuntut universiti yg sama.. terus terang mengajak sy mhjalinkn hubungn dgnnya.. dgn alasan dia dpt rasanya dia ditakdirkn utk brsama saya.. sy katakn sy telh brkahwin..tp katanya suami kamu tentu tidk akan tahu apa kamu buat di sini.. kamu tk perlu bgtau dia.. sy trpaksa mnyembunyikn diri selama 2 minggu utk mengelak brjumpa lelaki itu..slps itu trpaksa pula meminta tolong rakan2 sekelas menemani , lelaki atau prmpuan menemani ke mana shj..dn wanita lain pn sy rasa ada yg mghadapi situasi spt saya.. diduga dgn lelaki yg lebih kaya.. lebih mengmbil berat..mcm2... tp alhamdulillah saya tidak trpengaruh semasa belajar di luar negara.... malangnya... suami tidk mhargai apa yg sya korbankn utk dia... tahun lepas 2011.. kami brcerai krn orang ketiga.. suami mnjalin hubungn dgn prmpuan di tempat kerjanya dn mmbuat prancangan utk brkahwin... dn saya hanya tahu bhw dia ada prmpuan lain 3 hari slps kami brcerai... after all that i did for him.. give up many things..sacrifice a lot..only for him n our children.. he ceraikn sy dgn alasan.......dia menemui seorg yg lebih mmahami dia, mndengar kata, beriman, baik hati.. after 15 yrs of marriage
ReplyDeletepasal tu cik dik oii...anda tersalah keputusan kahwin terlalu muda pada usia 19 tahun! pada usia semuda itu senang sangat buat keputusan tanpa memikir masa depan hanya kena fikir cinta sahaja! bukan anda sahaja, ramai lagi camni kalau kawin muda sangat!
Deletetakpe..kumpul jer duit byk2..blaja tinggi2..tak yah pk kawen dah...
ReplyDelete