Wednesday, January 11, 2012

Kerabat diraja Johor palsu dijel


ASMADI yang dijatuhi hukuman penjara kerana menyamar dan menipu di Mahkamah Majistret Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan iaitu menyamar sebagai kerabat diraja Johor untuk menipu mangsa bagi mendapatkan tanah kurniaan dan anugerah gelaran Datuk daripada Sultan Johor.

Asmadi Nordin, 49, dari Kampung Pasir, Johor Bahru yang bekerja sebagai ejen kutipan dana bagi Kejohanan Badminton Piala Sultan-Sultan didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 7 Oktober hingga 11 November pada tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengaku sebagai kerabat diraja Johor menipu mangsa seorang lelaki sehingga mangsa itu membuat bayaran sebanyak RM8,000 bagi mendapatkan darjah kebesaran serta tanah kurniaan daripada Sultan Johor yang akan memberi sumbangan dan hadiah sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Pejabat Syarikat Myna Printing Sdn. Bhd., Taman Bintang di sini antara 7 Oktober hingga 7 November tahun lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Asmadi didakwa memperdaya mangsa dengan mengaku sebagai kerabat diraja Johor sehingga mangsa menyerahkan wang RM30,000 bagi tujuan mendapatkan darjah kebesaran bergelar Datuk dari Sultan Johor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: