|
|
SIAPA yang tidak kenal dengan penyerang kontroversi Manchester City dan Itali, Mario Balotelli yang kerap menimbulkan masalah di atas padang. Terbaru, dia memijak pemain lawan sehingga digantung empat perlawanan.
Biarpun sering mencetus masalah, pemain berusia 21 tahun itu diakui antara penyerang muda terbaik dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini. Dia memiliki daya larian deras dan kebijaksanaan mencari ruang untuk mencipta jaringan.
Dalam kata lain, reputasi ‘budak jahat’ Balotelli setanding dengan reputasi hebatnya sebagai penyerang.
Tetapi reputasi ‘budak jahat’ pemain ini di atas padang juga setanding dengan reputasi ‘budak nakal’ yang dipegangnya di luar padang. Dengan kemewahan yang melimpah ruah dan popularitinya sebagai bintang bola sepak, dia berjaya menawan hati ramai wanita.
Biarpun sudah memiliki cinta model terkenal Itali, Raffaela Fico, wanita yang pernah dikaitkan dengan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, namun itu belum cukup untuk memuaskan Balotelli.
Pada November tahun lalu, pasangan ini putus gara-gara Balotelli mempunyai hubungan sulit dengan seorang bintang filem porno, Holly Henderson.
Akhbar Britain melaporkan, bintang bola sepak Itali itu bertemu Henderson di sebuah kelab, sebelum ‘gila bayang’ dengannya. Dia kemudian dilihat menghabiskan masa bersama aktres porno berusia 32 tahun itu di sebuah hotel terkemuka.
Bagaimanapun baru-baru ini, dia kembali ke pangkuan Fico dan pasangan itu dilihat berjalan berpimpin tangan. Malah, Fico membela Balotelli dengan menegaskan kekasihnya bukan lelaki liar. Kata Fico, Balotelli hanyalah anak manja ibunya yang menyukai lasagna.
“Dia akan bangun pagi pergi berlatih, ketika saya pula melakukan kerja rumah. Apabila dia pulang ke rumah, saya akan masak pasta sebagai makanan tengah hari. Setiap malam, dia pasti mahu menikmati lasagna saya.
“Sebagai wanita Neapolitan (berasal dari Naples, Itali) saya mahir melakukan kerja-kerja dapur dan dengan cara itulah saya mengikat hubungan kami. Mario seorang yang suka menikmati makanan Itali dan dia bukan lelaki liar,” kata Fico.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: