![]() |
| |
Aszana Mohamed Zaini, 26 tidak pernah menganggap tugasnya sebagai pembantu peribadi sebagai perkara mudah. Dia perlu bijak, kreatif dan pro-aktif menangani tugasan kerana bertindak sebagai orang penting di sisi bos.
Justeru, Aszana mengamalkan prinsip kerja yang mudah iaitu ikhlas dan sabar.
“Cara menangani masalah kerja adalah penting kerana tiada bidang kerja yang tak mencabar. Saya suka tugas sebagai pembantu peribadi kerana saya minat bidang kerja yang penampilan kemas dan teratur,” ujar bekas pelajar Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan ini.
Minat peragaan
Bercerita tentang penglibatannya dalam bidang peragaan secara sambilan, Aszana hanya sekadar mencuba apabila diberi peluang.
“Lama-kelamaan menjadi minat kerana saya sangat gemar bergambar dan bijak beraksi di hadapan kamera,” katanya yang sangat teliti tentang penjagaan kecantikan dan kesihatan diri.
Bagi Aszana, kedua-dua perkara ini mestilah seiring tetapi tidak perlu berhabis duit untuk menjaga kecantikan.
“Berikan ruang yang selesa untuk diri anda. Kadang-kadang petua daripada orang tua yang menggunakan bahan semulajadi dan dapur sangat berguna. Saya juga mengamalkannya. Namun, saya sangat bertuah kerana keturunan saya kebanyakan badan kecil molek. Tapi kalau tak pandai memanfaatkan pun tidak guna dan saya perlu melakukan senaman. Selain menjaga pemakanan, sebulan sekali saya akan bersukan,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: