jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Saturday, December 31, 2011

Tepis Segala Fitnah, Izreen Azminda Percaya Bakal Tunang

Izreen Azminda.

PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Juvana, Izreen Azminda tetap akan menerima Mohammad Riza Baharuddin sebagai calon suaminya walaupun terdapat pelbagai tohmahan dan fitnah buruk dilemparkan kepada pemuda tersebut sebelum majlis pertunangan mereka pada Ahad.

Izreen berkata, dia meletakkan keyakinan seratus peratus terhadap Riza kerana dia telah pun menjelaskan mengenai hal peribadinya serta tuduhan terhadap e-mel yang disebarkan baru-baru ini.

"Setiap orang ada sejarah hitam tersendiri. Mungkin dia sudah berubah dan saya tidak peduli dengan apa juga kisah silamnya kerana dia adalah lelaki yang tidak seperti mana digambarkan.

"Saya menerima dia dengan hati terbuka dan penuh keyakinan. Saya tidak akan menilai siapa dirinya sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Dalam pada itu, Izreen berkata, dia mendapat tahu mengenai perihal e-mel yang memfitnah Riza daripada rakan-rakanya yang membaca dalam blog hiburan dan tidak terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan.

Izreen berkata, sepanjang berkawan dengan Riza, dia mendapati lelaki berstatus duda anak satu itu adalah seorang yang baik dan selesa bersamanya.

"Saya hanya mendapat tahu mengenai e-mel berkenaan semalam (Rabu) dan telah meneliti kandungan e-mel itu.

"Mana-mana perkara yang benar bagi saya biarlah itu menjadi sejarah hidupnya dan fitnah dilemparkan pula bagi saya adalah tidak adil untuk kami berdua terutamanya di saat kami ingin melangkah ke fasa baru dalam hubungan kami," katanya.

Terdahulu, blog hiburan mendedahkan mendapat maklumat daripada seorang individu dengan gelaran MJ mendakwa Riza pernah berkahwin dengan bekas isteri kepada seorang pelakon lelaki popular.

Selain itu, Riza didakwa masih menyimpan foto dan video percutian bersama kekasihnya dikenali sebagai Rafeda semasa masih bergelar suami kepada isteri pelakon lelaki berkenaan.

E-mel tersebut turut merayu kepada Izreen untuk bersemuka dengan wanita yang pernah dikaitkan dengan Riza itu.

Sementara itu, bercerita mengenai majlis pertunangannya yang bakal berlangsung di Alor Setar, Kedah pada Ahad, Izreen membritahu, segala persiapan telah pun dibuat dan hanya menanti detik bergelar tunangan orang.

Katanya, majlis pertunangan itu nanti akan diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.

"Sejujurnya saya gementar untuk menanti hari pertunangan itu dan berharap segalanya berjalan dengan lancar," ujarnya.

Izreen berkata, dia dan Riza berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan sebelum Hari Raya Aidilfitri depa jika jadual kerjaya mereka tidak padat.

Chef Wan Tutup Akaun Facebook Elak Berbalah

SHAH ALAM: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) mengambil langkah sempena tahun baru untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Chef Wan berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.

"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu.

Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.

"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu.

Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.

"Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak," ujarnya.

Sharifah Shahira Bakal Tinggalkan Suria FM

Sharifah Shahira.

PETALING JAYA: Desas desus mengatakan pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shira akan meninggalkan stesen radio itu ternyata benar apabila dia mengesahkan kontraknya akan berakhir pada 24 Januari depan.

Shira berkata, selain soal kontrak, keputusan untuk meninggalkan stesen itu adalah kerana dia mahu mencuba perkara baru dalam kerjaya seni.

"Saya mengaku bakal meninggalkan Suria FM selepas kontrak akan tamat. Ia juga adalah keputusan bersama di antara saya dengan syarikat setelah memikirkan sedalam-dalamnya sama ada ingin menyambung kontrak atau pun tidak.

"Bagaimanapun saya memilih untuk tidak meneruskan hasrat untuk berkhidmat bersama Suria FM," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Terdahulu, Shira mula bersiaran dalam program Breakfast @ Suria bersama dua lagi penyampai iaitu Zizi dan Halim Othman. Dia memulakan tugas sejak 31 Januari lalu untuk siaran yang bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi.

Program pagi itu ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Dalam pada itu, Shira menyangkal dakwaan kononnya dia meninggalkan Suria FM kerana tidak dapat bekerjasama dengan rakan penyampainya sehingga menyebabkan kontrak tidak disambung.

Shira berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan rakan gandingannya dan keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

"Sepanjang setahun saya bekerja di Suria FM tidak pernah mempunyai masalah bekerja. Malah saya begitu seronok dan menghargai pengalaman sepanjang berada di sana.

"Pemergian saya bukan satu isu dan saya cukup berterima kasih kepada pihak Suria FM yang telah memberi peluang kepada saya," ujarnya.

Sementara itu, menurut Shira, dia percaya pihak Suria FM dapat mencari penggantinya yang lebih baik bagi menaikkan lagi jumlah pendengar radio berkenaan.

Dalam perkembangan lain, dia masih berminat untuk bergelar penyampai radio dan tidak menolak jika ada tawaran untuknya pada masa akan datang.

"Banyak yang telah saya timba sepanjang berada di Suria FM dan rakan-rakan di sana telah mengajar saya mengenai selok-belok bergelar penyampai radio.

"Saya akan gunakan ilmu tersebut untuk kebaikan dan jika ada tawaran pada masa akan datang, saya tidak akan menolak," ujarnya.

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000

Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon berjaya mendapat gelaran juara di Maharaja Lawak Mega di Stadium Malawati, Shah Alam,malam Jumaat.

SHAH ALAM: Selepas sembilan minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak Mega berjaya menjadi milik kumpulan Osbon apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat.

Kemenangan Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Os) dan Sharizan Ahmad (Abon) itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Boboi mendapat tempat kedua.

Bagaimanapun, kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat.

Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah.

Saehu mendapat tempat ketiga.

Juri tetap terdiri daripada Datuk Redzuawan Ismail (chef Wan), Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan.

Sementara itu mengulas kemenangan mereka Osbon berkata, kemenangan ini adalah rezeki buat mereka berdua dan tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.

Bagaimanapun mereka katanya, sentiasa bersedia dengan pelbagai konsep dan idea berbeza setiap kali tampil di pentas.

"Pihak juri sentiasa memberikan komen yang pedas tetapi membina atas sebab itu kita sentiasa perlu bersedia dengan idea dan konsep baru untuk memenangi hati mereka dan penonton," ujar mereka.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 30 Oktober lalu.

Elly Suriati Sambung Mengarah Sehari Selepas Keguguran

Elly Suriati.

PETALING JAYA: Pengarah filem Penanggal, Elly Suriati enggan berehat walaupun diberikan cuti oleh pihak pengurusannya setelah dibenarkan keluar daripada Hospital Kuala Kangsar pada tengah hari Khamis lalu kerana mengalami keguguran.

Suaminya, pelakon Azri Iskandar berkata, isterinya mengambil keputusan untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu berasa sedih dengan kehilangan bayi mereka dan ingin menumpukan kepada kerja.

"Elly masih sedih dan belum dapat menerima hakikat sepenuhnya atas kehilangan bayi kami dan disebabkan itu juga dia ingin kembali ke lokasi bagi melupakan kesedihan itu," ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Dalam pada itu, Azri berkata, sebagai suami dia berasa berat untuk melepaskan isterinya terus bekerja tetapi terpaksa membenarkan Elly meneruskan kerjanya kerana tidak mahu membiarkan isterinya itu berasa tertekan akibat peristiwa tersebut.

Bagaimanapun dia sentiasa mengawasi pergerakan isterinya itu supaya tidak menimbulkan sebarang implikasi akibat daripada keguguran yang dialami.

Terdahulu, pada Rabu lalu, hasrat Elly untuk memperoleh anak keempat tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran ketika sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya itu di Kuala Kangsar, Perak.

Azri Iskandar.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari semasa Elly hendak membuang air kecil dan tiba-tiba berlaku pendarahan.

Elly sebelum ini dilaporkan sedang mengandung empat bulan dan hasil perkongsian hidup mereka pasangan itu dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

Sementara itu, Azri berkata, produksi filem itu akan terus berada di Kuala Kangsar bagi menyelesaikan penggambaran di sana sehingga 25 Januari depan sebelum bergerak ke Terengganu.

Penanggal adalah filem pertama usaha sama antara Astro Shaw dan Grand Brilliance Sdn Bhd dan dibarisi oleh pelakon seperti Zul Ariffin, Umi Shazera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.

Gambar Bersosial : Bunga Citra Lestari Tidak Emosi

Bunga Citra Lestari memberi komen kepada kelab peminatnya berhubung isu gambar sosialnya di Twitter.

PETALING JAYA: Penyebaran beberapa keping gambar sosial di Internet pada 27 Disember lalu tidak membuatkan penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan perasaan emosi tetapi menerimanya dengan tenang.

Menurut BCL menerusi laman Twitter untuk kelab peminatnya, BCLicious, dia tidak mahu mengambil pusing dengan gosip yang tersebar itu kerana lebih mengetahui apa yang berlaku.

Bunga Citra Lestari.

“Buat BCLicious, tidak usah hendak emosi dengan berita-berita itu. Biarkan sahaja. Kita senyum saja ya. Yang penting kita tahu kebenarannya,” kata BCL dalam akaun Twitternya.

Terdapat minuman keras dalam gambar-gambar BCL dengan kawan-kawannya termasuklah salah satunya menunjukkan BCL sedang memegang rokok. Turut kelihatan dalam gambar itu suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.

Media di Indonesia menganalisis bahawa penyebaran gambar berkenaan disengajakan bagi melariskan album BCL yang bakal keluar tidak lama lagi.

Profima Tubuh Akademi Filem Di Kelantan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia, (Profima) akan menubuhkan sebuah akademi filem di negeri Kelantan pada April tahun depan.

Menurut presidennya. Khir Mohd Nor, penubuhan akademi tersebut dilakukan selepas Profima menandatangani perjanjian memorandum persefahaman MoU dengan kerajaan negeri Kelantan.

"Jangan salah faham pula, penubuhan ini tiada kaitan langsung dengan isu politik. Cuma apabila peluang berada di depan mata, pihak kami mengambil peluang ini demi memajukan industri perfileman kita.

"Buat permulaan, akademi ini akan menyediakan lima jenis kursus jangka pendek iaitu pengurusan filem, teknikal kamera, teknikal lampu, produksi seni rekaan dan penyuntingan," katanya yang ditemui pada majlis menandatangani MoU di antara Profima dan sebuah produksi dari India, Fantastic Villa Sdn Bhd.

Tambah Khir, akademi tersebut juga memberi peluang kepada anak-anak muda yang lebih cenderung mendalami ilmu filem secara praktikal dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

"Ia juga ditubuhkan untuk krew-krew belakang tabir yang sudah pun menyertai industri perfileman tanpa pengajian khas. Ini sekali gus dapat mengasah bakat teknikal mereka terutamanya dan pada masa sama dapat diimplikasikan ketika bekerja dengan mana-mana produksi.

"Saya harap menerusi akademi ini, industri filem kita dapat melahirkan lebih banyak krew teknikal yang bagus," ujarnya.

Sementara itu, beritahu Khir, jalinan MoU di antara Profima dan Fantastic dilakukan bagi memantapkan industri pelancongan filem di mana segala urusan penggambaran di bawah produksi Fantastic di negara ini memerlukan mereka mengambil sebanyak 30 peratus khidmat pekerja krew tempatan.

Menerusi perjanjian tersebut, krew tempatan sekali gus dapat berkongsi teknologi yang dipelajari masing-masing.

"Sebenarnya negara kita antara yang paling mudah untuk pihak luar membawa masuk 100 peratus krew mereka sendiri sedangkan jika di negara lain seperti Indonesia, mereka hanya menerima krew yang penting sahaja.

"Menerusi perjanjian ini juga, pihak Profima akan menghantar mana-mana krew produksi yang layak menjalani kursus jangka pendek di India," katanya.

Siaran Percuma Astro Fiesta

The Amazing World of Gumball akan menghiburkan peminat-peminat kartun.

PETALING JAYA: Astro bakal menyiarkan enam saluran Astro Fiesta secara percuma di saluran Astro 150-152 untuk SD, dan saluran Astro 155-157 untuk HD (definisi tinggi), bermula sejak Ahad lalu sehingga 8 Januari depan.

Sempena pengenalan Astro Fiesta, pelanggan-pelanggan Astro berpeluang menonton saluran eksklusif baru FOX Family Movies secara percuma di saluran 152 untuk SD dan saluran 157 untuk HD.

Penonton-penonton akan dapat menikmati pelbagai wayang Hollywood untuk seisi keluarga di saluran FOX Family Movies seperti The Santa Clause 3: The Escape Clause, Tim Burton’s The Nightmare Before Christmas, Toy Story 1,2,3 dan banyak lagi

Selain itu, Astro turut memperkenalkan saluran HD terbaru STAR World HD (saluran 722) di Astro B.yond.

Kini, pelanggan-pelanggan Astro B.yond yang melanggan pakej Astro Variety boleh menonton rancangan-rancangan kegemaran mereka dalam HD di saluran Star World HD seperti American Idol S11, Glee S3, Junior MasterChef Australia S2, Dancing With The Stars dan America’s Next Top Model S17.

Peminat-peminat muda biarpun tua pastinya tidak akan mahu ketinggalan menonton siri TV terbaru Nickelodeon, Kung Fu Panda: The Legend of Awesomeness di mana episod pertama akan disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Fiesta sebelum ditayangkan selanjutnya di saluran Nickeoldeon.

Rancangan-rancangan seperti Ben 10: Secret of the Omnitrix, Phineas and Ferb the Movie: Across the Second Dimension, The Amazing World of Gumball akan menghiburkan peminat-peminat kartun.

Saluran Astro Fiesta juga akan menyiarkan barisan persembahan tempatan & antarabangsa yang hebat seperti Konsert Aura 3 Diva (Datuk Siti Nurhaliza, Ella & Ramlah Ram) dan konsert Suara Kami yang menampilkan artis-artis tempatan seperti Yuna, Hujan, Pop Shuvit serta artis-artis antarabangsa seperti Hin Cheung, Rania dan Nelly.

Kehadiran rancangan-rancangan hebat seperti The 2011 Astro Classic Golden Melody Finals, Vivian Chow Specials, K-Pop Countdown, 2011 MTV Europe Music Awards, MTV World Stage 2011 dan Elton John – Red Piano, dijangka lebih meriah.

Saluran Astro Fiesta juga menampilkan filem-filem popular tempatan dan antarabangsa seperti Kembar Siang, filem cina Sassy Girl 2, filem komedi romantis Tamil Manmadhan Ambu dan filem romantis muzikal Engeyum Kadhal.

Bagi peminat filem Hindi, jangan ketinggalan menonton filem blokbuster Bodyguard.

Tidak lupa juga, saluran Astro Fiesta juga akan menyiarkan beberapa dokumentari terbaik tentang Malaysia daripada rakan-rakan saluran antarabangsa di Astro.

Antara dokumentari menarik termasuk Revealed: Malaysia’s Royal Rites oleh saluran Discovery Channel, A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak dan The Untold Truth about SuperMokh.

Katy Perry Nafi Bercerai Dengan Russell Brand

PENYANYI Katy Perry (gambar) menafikan gosip penceraiannya dengan pelakon Russell Brand.

Kini, Russell dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan mereka ketika sedang asyik bersiar-siar seorang diri sambil membeli-belah di London pada Khamis.

Menurut Contactmusic, Jumaat, lelaki berusia 36 tahun itu menyapa dengan ramah seorang peminatnya bahkan bersedia untuk diambil gambar.

Pada Hari Krismas lalu, kedua-duanya juga tidak menghabiskan masa bersama-sama. Ini adalah tahun kedua sambutan Krismas bagi pasangan yang berkahwin di India pada Oktober 2010 itu.

Katy meraikan Hari Krismas di Hawaii, sementara suaminya berada di Cornwall, England.

Waktu itu Katy juga dikhabarkan tidak memakai cincin perkahwinan ketika sedang bercuti.

Sebenarnya pasangan tersebut sudah merancang untuk bercuti pada akhir tahun bersama ibu Russell, Barbara di London.

Namun sebelum ini mereka didakwa telah bertengkar hebat. Katy pun memutuskan untuk terbang menuju Hawaii dan bercuti bersama teman-temannya.

Osbon juara MLM

pix_middle

SHAH ALAM: Tuah 2012 nampaknya menyebelahi Osbon yang membawa pulang RM350,000 dan trofi selepas mengetepikan tiga kumpulan lain pada final Maharaja Lawak Mega terbitan Astro, di sini, tengah malam tadi.

Osbon yang dianggotai Mr Os dan Sharizah Ahmad (Abon) mengetepikan cabaran Boboi yang meraih RM250,000 dan Saehu dari indonesia (ketiga-RM50,000) manakala Syok menduduki tangga keempat.

Selena pernah terima ugutan bunuh

pix_middle

GADIS genit berusia 19 tahun ini tidak perlu lagi diperkenalkan kepada masyarakat. Ini kerana setiap kali wajah comelnya menghiasi kaca TV, kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa akan teruja menatapnya.

Ternyata aura Selena Gomez yang terkenal dengan lagu Love You Like A Love Song, semakin kuat dan 2011 menjadi tahun percintaannya dengan bintang remaja, Justin Bieber.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

    POPULAR...sering diundang memeriahkan majlis anugerah yang popular.

Umum sudah lama tahu Selena masih hangat bercinta dengan Justin, namun Selena dengan tegas berkata hubungan itu bukan atas dasar dia mahu meraih publisiti secara jalan pintas.

Selena turut menafikan percintaan dengan Justin bertujuan menaikkan lagi namanya tetapi secara jujur, dia sangat tertarik dengan personaliti Justin.


Apa yang menggemparkan, Selena pernah menerima ancaman bunuh oleh peminat fanatik Bieber sehingga membuatkan dia kecut perut. Gara-gara itu, Selena awalnya terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk sentiasa menemaninya sepanjang masa agar keselamatannya lebih terjamin.Bagaimanapun, lama-kelamaan Selena semakin terbiasa dengan keadaan itu dan sudah mula berani untuk berjalan seorang diri. Jauh di sudut hati, dia masih tetap berwaspada terhadap situasi di sekelilingnya.

“Saya mahu lupakan kisah menakutkan itu. Pertama kali mendapat ancaman itu di twitter, saya jadi takut kerana bunyinya sangat serius.

“Tapi saya akhirnya saya sudah terbiasa dengan cercaan, cacian dan kata-kata kesat peminat Justin yang rata-ratanya perempuan. Bagaimanapun, saya tidak juga pernah menganggap ugutan seperti itu satu perkara remeh kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang boleh berlaku dalam hidup ini.

“Sekarang memang saya sudah boleh keluar berjalan seorang diri tapi pada masa-masa tertentu, saya kena ditemani pengawal peribadi saya,” jelasnya dalam satu wawancara di Hollywood.

Bakat Selena mula disedari oleh peminat dan karyawan seni ketika dia membintangi siri televisyen Barney and Friends pada 2003 memegang watak Gianna. Selepas itu, pemilik nama sebenar Selena Marie Gomez diberikan pula kepercayaan untuk memegang peranan sebagai Waterpark Girl dalam filem Spy Kids 3-D: Game Over.

Walaupun hanya memegang watak kecil dalam filem itu, selebriti yang bernaung di bawah label Disney ini mula mengembangkan kerjayanya apabila dipertanggungjawabkan untuk menjadi watak utama dalam Wizards of Waverly Place. Bermula pada saat itu, Selena mula mendapat kepercayaan untuk memegang watak yang lebih besar.

Walaupun memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon, bintang yang dibesarkan di Grand Prairie, Texas, Amerika Syarikat ini juga berbakat dalam bidang nyanyian. Setiap tahun, Selena memberikan sesuatu yang baru buat peminatnya terutama dari segi pemilihan genre lagu dan kematangan vokalnya.

Lain daripada yang lain, lagu barunya yang sering berkumandang di corong stereo cukup menggambarkan Selena semakin hari semakin memberikan satu kelainan buat hiburan peminatnya.

Kematangan dirinya turut digambarkan melalui klip video yang menonjolkan dirinya sebagai seorang gadis yang semakin dewasa.

Bintang yang gemarkan aktiviti lasak itu gembira kerana dia mempunyai sebuah band muzik sendiri yang diberikan nama Selena & The Scene. Pada 2009, mereka pernah menghasilkan sebuah album berjudul Kiss And Tell diikuti A Year Without Rain dan album terbaru When The Sun Goes Down.

Sudah berada di pasaran, album itu memuatkan 12 lagu antaranya adalah Bang Bang Bang, My Dilemma, Whiplash dan Outlaw. Tampil lebih matang dengan konsep lagu yang segar, buah tangan Selena ini membuktikan dia mengambil kira permintaan dari peminatnya.

“Saya sangat menyukai dengan apa yang saya lakukan sekarang ini. Berlakon dan bernyanyi adalah dua perkara yang sangat bermakna dalam hidup saya. Bukan mudah untuk mendaki tangga untuk berada di tahap seperti sekarang ini.

“Bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan pencapaian ini, saya mahu semua orang tahu mengenai kewujudan saya dalam industri seni. Bukan bangga diri tapi keberkesanan lakonan atau nyanyian seseorang adalah dinilai berdasarkan sejauh mana ia meninggalkan impak pada masyarakat.

“Saya bersyukur kerana walaupun masih muda tapi masyarakat sudah memberikan saya kepercayaan untuk terus berlakon dan menyanyi. Terus terang, masih banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk memajukan diri dan kerjaya saya,” katanya.

Selena yang dijadikan ikon fesyen remaja ada kalanya bergaya ringkas dan ranggi. Menyedari dirinya yang menjadi perhatian walaupun keluar dengan sahabat baiknya, dia selalu memastikan agar dia sentiasa kemas dan rapi.

Dia semakin bijak berfesyen, sesuai dengan apa bentuk majlis dan keadaan. Pemilihan rona, fabrik dan rekaan pakaian sering mendapat pujian daripada perunding imej terkenal di Amerika.

Selebriti berbintang Cancer itu juga berharap 2012 akan menjadi tahun yang bertuah untuknya dan masa yang sesuai untuk meningkatkan kerjayanya kerana dia mengimpikan menjadi seorang yang berjaya seperti Mariah Carey.


PROFIL

NAMA: Selena Marie Gomez
NANA KOMERSIAL: Selena Gomez
TARIKH LAHIR: 22 Julai 1992
KELUARGA: Anak tunggal
KERJAYA: Pelakon, penyanyi
LAKONAN DRAMA & FILEM: Barney And Friends, Another Cinderella Story
ANUGERAH: Artis Paling Popular (Anugerah Nickelodeon), Anugerah Lakonan Terbaik (Anugerah Nickelodeon), Anugerah Pencapaian Artis Baru (Anugerah ALMA).

Sesuai untuk pelbagai jenis kulit

MENYERLAH...pemilihan rona yang tepat dengan jenis kulit mempelai akan menyerlahkan lagi seri raja sehari.
MENYERLAH...pemilihan rona yang tepat dengan jenis kulit mempelai akan menyerlahkan lagi seri raja sehari.

MENJELANG 2012, walaupun penggunaan rona pastel masih melatari tema majlis perkahwinan, warna terang masih menjadi pilihan kebanyakan mempelai kerana dikatakan menjadi penyeri sesebuah majlis di samping sifat warna itu sendiri yang berdiri kukuh sehingga dipilih dalam apa juga tema perayaan.

Selain itu, kebanyakan pasangan raja sehari masih mengekalkan tema moden kontemporari dengan mengekalkan imej sederhana sama ada pada potongan mahupun perincian manik digunakan.

  • Foto

    GABUNGAN...gabungan ungu dan putih menambah keanggunan raja sehari.

  • Foto

    MENAWAN...keserasian mempelai bukan saja dilihat menerusi potongan baju yang kena pada tubuh sebaliknya solekan serta gaya rambut sepadan.

  • Foto

    KEEMASAN...rona keemasan selain nampak unik juga membuatkan mempelai berada dalam kelas tersendiri.

Menurut perunding majlis perkahwinan Zaifie Zainal Creation, Zaifinidza Zainal Abidin, pemilihan warna pada tahun hadapan masih mengekalkan rona pilihan seperti krim, kelabu, keemasan, hitam dan putih kerana sifat pada warna itu sendiri yang mudah digabungkan dengan pelbagai rona sepadan selain nampak unik dan ada kelas tersendiri.

“Namun begitu jangan dilupa pada kehadiran warna terang dalam ton berbeza yang bakal menjadi pilihan mempelai seperti kuning nuri, merah jambu, hijau zamrud, biru firus dan biru kelasi yang nyata memberi impak lebih menyerlah selain jarang digunakan.


“Warna unik ini nyata bakal mencetuskan fenomena baru pada musim perkahwinan pada tahun depan,” katanya.Selain sesuai dipadankan untuk pelbagai jenis kulit sama ada cerah, sawo matang atau hitam manis, ton warna ini juga sesuai digayakan untuk pelbagai potongan sama ada moden atau tradisional. Misalnya hijau zamrud selain nampak gah dan glamor apabila digayakan dengan sepersalinan gaun labuh, cukup menarik apabila diberikan penggayaan tradisional pada kebaya berpotongan klasik.


“Begitu juga rona biru firus yang menjadi pilihan pada masa sekarang sesuai untuk tema di taman dan juga majlis tradisional. Mempelai juga akan nampak moden dan anggun dalam apa juga potongan gaun,” jelasnya.

Zaifinidza yang menjadi perunding majlis perkahwinan sejak 2001 lalu mengakui, selain mengikut tema warna semasa dia juga berbincang dengan bakal pengantin
mengenai tema majlis perkahwinan mereka. Kebiasaannya perunding akan mengikut kemahuan mempelai sekiranya rona yang dicadangkan bersesuaian dengan jenis kulit mereka selain faktor kesesuaian apabila digabungkan dengan warna lain.

“Ini kerana warna memainkan peranan penting bukan saja pada pakaian, namun pelamin, gubahan hantaran serta keseluruhan majlis. Pemilihan jenis ton yang betul akan membuatkan majlis perkahwinan anda tampak gah, meriah dan menyerlah,” katanya.

Daripada segi potongan, dia yang berpengalaman dalam menzahirkan rekaan pakaian raja sehari memberitahu terdapat beberapa keadaan mempelai tidak digalakkan memakai pakaian berpotongan pendek seperti kebaya terutama bagi wanita yang memiliki tubuh gempal dan berisi. Sebaliknya pilih baju berpotongan labuh menutupi pinggul serta jenis fabrik lembut seperti sifon yang boleh menyembunyikan kekurangan tubuh.

“Elakkan kain jenis berkilat kerana ini akan menonjolkan bahagian yang tidak sepatutnya. Fabrik sifon dengan tidak terlalu banyak perhiasan manik serta nampak sederhana sesuai dipakai mempelai.

“Sebaiknya berbincang dengan perunding majlis perkahwinan bagi mendapatkan hasil yang diinginkan,” ujarnya yang mengakui gaun pengantin berpotongan empayar dan A masih menjadi trend terkini raja sehari.

Zaifinidza yang hanya memulakan perniagaan dengan menerima tempahan gubahan hantaran, kini menambah perkhidmatan dengan menawarkan pelbagai pakej lengkap di bawah satu bumbung. Antaranya sewa serta tempahan baju pengantin, mekap dan andaman, pelamin, hiasan bilik, fotografi dan rekaan kad perkahwinan.

Untuk pakej lengkap perkahwinan termasuk pakaian, solekan dan pelamin harga bermula daripada RM3,500 ke atas untuk majlis di rumah manakala dewan bermula daripada RM6,000 ke atas manakala untuk baju pengantin yang disewa berharga RM800 ke atas.

Sensasi 2011

pix_gal0
Isu kontroversi menghangatkan beberapa nama selebriti Indonesia di dada media

BUKAN tahun biasa kerana atmosfera hiburan Indonesia sepanjang 2011 juga dibaluti pelbagai insiden panas dan kontroversi, meletakkan beberapa nama begitu dominan menghiasi dada media. Ketika populariti bakat baru mencuri perhatian khalayak, langit hiburan Indonesia turut disurami ledakan berita negatif selebriti yang memusnahkan karier dan masa depan gara-gara penyalahgunaan dadah.

Seawal Januari hingga 2011 menutup bilah harinya menyaksikan sederet nama selebriti yang memasuki daftar hitam angkara terjebak dalam kes kontroversi yang berakhir dengan terkurung di penjara. Setiap insiden mempunyai pro dan kontranya. Ketika sebahagian masyarakat melaungkan kemarahan yang dilepaskan menerusi siri demonstrasi, sebahagian lain pula memberikan sokongan moral menyedari selebriti juga ialah manusia yang biasa yang terperangkap dengan kelemahan sendiri.
GLAMOR menyorot rentetan peristiwa yang menyita perhatian luar biasa penggemar industri hiburan Indonesia sepanjang 2011.
Paling menjadi bualan sepanjang 2011

  • SEAKAN bersahabat dengan kontroversi, Julia Perez menduduki tangga teratas sebagai selebriti paling diperbualkan sepanjang 2011. Perseteruan panjang dengan Dewi Perssik, bertitik tolak ketika mereka membintangi filem Arwah Goyang Karawang berlarutan ke pengetahuan pihak berkuasa apabila Dewi mendakwa Julia atau Jupe mencakarnya. Enggan mengambil pusing masalah itu, malah menganggap apa yang dilakukannya sekadar memenuhi keperluan adegan berakhir apabila Jupe dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. Bagaikan belum berakhir kontroversi mengaitkan namanya, nama Jupe kembali meledak apabila dilarang muncul dalam persembahan di kota seperti Bandung, Palembang dan Malang. Beberapa siri konsertnya terpaksa dibatalkan apabila keizinan ditarik balik pihak berkuasa selepas menerima arahan daripada Majlis Ulama Indonesia.

  • SAMA hebatnya dengan Jupe, Dewi Perssik juga sering menimbulkan kontroversi. Pengakuan terbuka dia menjalani pembedahan memulihkan selaput dara di Mesir mencipta isu hangat di Indonesia. “Pro dan kontra itu wajar, Kalau tidak kontroversi, itu bukan Dewi Perssik namanya. Saya selalu konsisten dan tidak pernah berbohong,” katanya lewat satu temubual bersama VIVA News, sedikit masa lalu. Mempertahankan pengakuan jujurnya itu, bekas isteri Saipul Jamil ini berkata, dia mempunyai semua bukti yang diperlukan jika masih ada yang enggan mempercayai kata-katanya. Biarpun pelbagai tanggapan negatif diberikan kepadanya, wanita yang mesra disapa Depe itu enggan memikirkan secara serius. Bagi Depe, semua yang dialaminya adalah lumrah dalam kehidupan sebagai seorang artis. Dia juga tidak pernah memaksa semua orang supaya menyokong setiap tindak tanduknya. “Saya akan belajar daripada setiap masalah supaya menjadi manusia yang dewasa dan tetap berpegang teguh pada prinsip diri,” katanya.

  • Berputar sekitar kisah percintaannya dengan pasangan duet, Ashanty, Anang Hermansyah menuai populariti berterusan sepanjang 2011. Masih berteka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka, pasangan itu dikhabarkan akan menaiki jenjang pelamin pada awal 2012. Hubungan mereka mendapat restu kedua-dua belah pihak, malah dua anak perkahwinan terdahulu Anang dan Krisdayanti juga menerima kehadiran Ashanty yang kini dipanggil mereka sebagai bunda. Perseteruan dengan bekas teman duetnya, Syahrini juga meletakkan Anang dalam situasi panas namun mereka kembali berdamai bertemu pada malam SCTV FTV Awards 2011 di Balai Sarbini, Jakarta, Julai lalu.
  • SINONIM dengan isu kontroversi, Ahmad Dhani masih membolosi senarai terhangat 2011 rentetan perbalahan dengan bekas isterinya, Maia Estianty yang masih belum bernoktah. Bapa tunggal tiga cahaya mata itu kembali terkait isu sensasi pada Mei lalu apabila didakwa menerima undangan meraikan hari ulang tahun ke-63 Israel di Jakarta. “Itu cuma khabar angin. Berita seperti ini tidak perlu dilayan. Bahkan ia tidak penting kerana saya tidak pernah tahu mengenainya,” katanya.

  • CURANG dengan lelaki yang masih berstatus suami, berpisah dan hamil luar nikah mewarnai siri kontroversi penyanyi popular, Krisdayanti. Mengakhiri cinta larangan mereka dengan pernikahan pada 20 Mac lalu, Krisdayanti atau KD kini bahagia dengan cahaya mata perempuan hasil perkahwinan keduanya itu, Arrianha Amora Lemos.

  • PENYEBARAN foto ghairah Syahrini sempat membadai kehidupan penyanyi yang cukup popular dengan lagu, Aku Tak Biasa ini. Biarpun kerap menerima cacian dan hinaan, Syahrini tegar melangkah tanpa gentar.


Kejutan, sensasi, kontroversi

  • Vokalis Peterpan, Ariel dijatuhkan hukuman tiga tahun dan enam bulan penjara serta denda apabila didapati bersalah oleh Hakim Pengadilan Negeri Bandung atas kesalahan penyebaran rakaman dua video lucah, membabitkannya dengan Luna Maya dan Cut Tari.

  • Kemalangan maut memisahkan buat selama-lamanya Saipul Jamiell dan Virginia Anggraeni yang ketika itu baru enam bulan mengecap nikmat berumah tangga. Virginia menghembuskan nafas terakhir di lokasi kecelakaan di Tol Cipularang pada 3 September lalu.

  • Bekas suami Rossa, Yoyo ditahan polis pada 27 Februari lalu kerana memiliki syabu dan diperintahkan menjalani pemulihan di Yayasan Kesatuan Peduli Masyarakat di Mega Mendung, Bogor, Jawa Barat selama setahun. Pemain dram
    Padi itu mula terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak 1995.

  • Artis popular 80-an, Iyut Bing Slamet juga menerima nasib yang sama selepas ditemui tidak sedarkan diri di kamar sebuah hotel di Mangga Besar, Jakarta Pusat pada 8 Mac lalu. Iyut terpaksa menghuni pusat pemulihan selama setahun selepas perbicaraan di Pengadilan Negeri Jakarta Barat berakhir 24 Ogos lalu.

  • Vokalis Kangen Band, Andika terheret dalam permasalahan dadah apabila keretanya digunakan oleh pemandunya untuk membeli ganja. Dia yang pada mulanya menafikan mengambil dadah akhirnya mengakui bersalah selepas polis merampas daun ganja kering dan tanaman itu di tempat latihan mereka di Cibubur, Jakarta Timur. Andika diperintahkan menjalani rawatan di Panti Rehabilitasi Lido, Sukabumi, Jawa Barat selama setahun sejak pertengahan Ogos lalu.


3 pasangan bercerai

  • Titi DJ dan Ovy Rif
    DILIHAT serasi dalam perkahwinan mereka, pasangan Titi DJ dan Ovy Rif membuat kenyataan rasmi dalam satu temubual bersama Kapanlagi.com yang mereka sepakat berpisah. Perpisahan itu tanpa dipinta menuai kontroversi apatah lagi Titi sebelum ini pernah tiga kali bernikah dan bercerai

  • Sarah Sechan dan Emir Hakim
    SEJAK bernikah pada 29 Jun 2003, rumah tangga Sarah Sechan dan Emir Hakim dilihat begitu rukun. Namun sejak September 2011, khabar kurang enak mengenai pasangan itu mula bertiup. Sarah mengakui rumah tangganya sedang dilanda badai. Enggan menyatakan sebab perpisahan, pasangan itu sepakat mengakhiri pernikahan mereka pada 3 September lalu.

  • Sophia Latjuba dan Michael Villareal
    BERMULA dengan kontroversi, pasangan itu mengejutkan banyak pihak apabila memaklumkan rumah tangga mereka musnah pada pertengahan Oktober lalu. Kecurangan dikatakan menjadi penyebab utama kepada perpisahan itu.
    Bagaimanapun, Sophia dan Michael lebih banyak berdiam diri dan membiarkan masyarakat berteka-teki mengenai punca perceraian mereka.

Tenteram dengar suara isteri


PASANGAN bahagia ini dikurnia empat cahaya mata lelaki.


"KEBAHAGIAAN isteri merupakan perkara paling penting bagi saya. Saya tidak akan bahagia jika isteri tidak bahagia. Ketenangan fikirannya menjadi keutamaan bagi saya kerana apabila isteri bahagia dan tenang, dia dapat menjaga rumah tangga dan anak-anak dengan baik,'' demikian kata Chef Abdul Muluk Rambli, 48, atau dikenali sebagai Chef Muluk sahaja.

Menurut Chef Eksekutif Maggi yang pernah diundang dalam program realiti televisyen Masterchef ini, hubungannya bersama isteri sangat rapat seperti pasangan yang baru berkahwin.

Katanya, setiap hari, beliau perlu mendengar suara isterinya, Maimunah Bol Hassan, 47, walau di mana sahaja dia berada baik di dalam negara mahupun apabila bertugas di luar negara.

Walau macam mana tekanan yang dihadapi, tambah Chef Muluk, jika mendengar suara isteri, jiwanya akan tenteram dan tenang.

Chef Muluk yang berasal dari Bintulu, Sarawak bertemu jodoh dengan Maimunah yang berasal dari Kuching pada 4 Mac 1990. Pada waktu itu, beliau baru berumur 21 tahun, manakala isteri 20 tahun.

Pertemuan ketika sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuching, Sarawak membuahkan bibit cinta di antara mereka.

Chef Muluk mengikuti bidang Diploma dalam Latihan Chef sementara Maimunah pula Diploma Pengurusan Hotel dan Katering.

''Isteri saya adalah cinta pertama dan terakhir saya. Kami telah banyak mengalami asam garam kehidupan.

''Hubungan kami tidak banyak perbalahan kerana berlaku atas dasar kesetiaan, saling mempercayai dan cinta yang mendalam,'' ujar Chef Muluk lagi.

Sementara itu, kata Maimunah, suaminya itu merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarganya.

Sejak berkawan, jelasnya, Chef Muluk amat rapat dengan kedua-dua ibu bapanya dan berperangai matang sehingga kedua-dua ibu bapanya amat menyayangi suaminya itu.

Hubungan mereka tidak banyak menghadapi cabaran cuma apabila berjauhan timbul perasaan cemburu, namun perasaan tersebut ditolak jauh-jauh kerana tidak mahu mengeruhkan suasana.

Menurut Chef Muluk lagi, mereka berdua akan cuba mengelakkan daripada perbualan yang boleh menyentuh perasaan kedua-dua pihak dan boleh menyebabkan perbalahan.

''Semasa baru-baru berkahwin dahulu, isteri tidak bekerja. Masanya banyak di rumah dan saya pula sibuk. Dia rasa terabai kerana apabila saya balik, saya dah letih. Sering kali juga dia merajuk.

''Daripada situ saya belajar memahami perasaannya. Kini kalau di rumah, saya akan fokus pada isteri sahaja. Kawan-kawan pun jarang datang ke rumah. Kalau saya hendak keluar jumpa kawan-kawan, masa kerja sahaja kerana bila balik ke rumah, saya tidak akan keluar lagi.

''Sungguhpun demikian ini bukan bermakna saya kena queen control kerana ini adalah kehendak saya sendiri dan kerana kasih saya kepada isteri,'' ujar Chef Muluk yang telah bertugas di Maggi selama tujuh tahun.

Tugasnya banyak membawanya ke luar negara membuat promosi dan mewakili Maggi sehingga ke Switzerland, Belanda, Jerman, Los Angeles dan banyak lagi.

Beliau menambah, walaupun semasa berada di luar negara, mereka saling berhubung melalui khidmat pesanan ringkas. Beliau akan memberitahu setiap pergerakan dan di mana beliau berada.

Setiap pagi semasa di luar negara pula, isterinya akan mengejutkannya daripada tidur dengan memberikan 'wake up call.' Baginya apa yang penting ialah walau berjauhan, namun mereka tetap dekat di hati.

''Saya mempunyai ramai kawan tetapi saya paling suka berkawan dengan isteri saya dan bercakap dengannya.

''Doa saya adalah untuk bersama isteri hingga ke akhir hayat. Saya sukakan kehidupan yang ringkas, rumah yang mempunyai kawasan untuk bercucuk tanam, ada sungai, ingin melihat anak-anak berjaya dan sempurna dalam hidup,'' ujar Chef Muluk lagi.

Pasangan bahagia ini dikurniakan empat cahaya mata lelaki, iaitu Feerdaus, 20 tahun, Faezal, 17 tahun, Farouq, 15 tahun dan Faris, 11 tahun.

Bekas suami selalu kata tidak ada duit

PERCERAIAN itu sebenarnya pahit tetapi ada manisnya bagi seorang wanita yang sepanjang hidup berumah tangga sering berendam air mata kerana perbuatan suami.

Biarpun mungkin gembira kerana bebas daripada cengkaman suami, tentunya masalah mengurus anak-anak juga menjadi beban.

Demi masa depan anak, isteri dan ibu tidak akan tergamak mengabaikan mereka walaupun kehidupan perit dan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi.

Berbeza dengan kebanyakan suami yang mengambil sikap lepas tangan dan tidak peduli kebajikan anak-anak terutama pelajaran mereka.

Begitulah luahan hati Farhana (bukan nama sebenar), ibu tunggal beranak tiga kepada saya menerusi e-mel.

Farhana amat kecewa dengan sikap bekas suaminya yang langsung tidak bertanya khabar dan mengambil tahu kebajikan anak mereka seramai dua orang dengan alasan dia sekarang sudah ada keluarga baru yang perlu diutamakan.

Jika dia ada anak-anak dengan keluarga baru, anak dengan bekas isteri bagaimana? Bukankah itu juga tanggungjawabnya?

Kita ikuti kisah Farhana yang dikirim melalui e-mel kepada saya:

"Saya seorang ibu tunggal berusia lewat 30-an dan mempunyai dua orang anak berusia 10, dan 8 tahun yang sedang bersekolah.

"Saya bernikah dengan Amin (bukan nama sebenar) atas dasar suka sama suka dan direstui keluarga. Sayangnya selepas anak kedua lahir, suami buat hal. Dia bermain kayu tiga dengan saya dan menjalin hubungan cinta dengan seorang GRO.

"Sejak berkenalan dengan GRO itu, Amir berubah menjadi panas baran dan selalu memukul saya dan anak-anak.

"Saya cuba bersabar dan berdoa agar dia berubah, malangnya keadaan semakin teruk. Amin tidak lagi menghormati saya sebagai isteri. Tutur katanya juga berubah menjadi kasar.

"Saya masih bertahan sehingga anak kedua kami lahir dengan harapan dia akan berubah. Setiap malam dia balik lewat, hujung minggu pula jarang melekat di rumah.

"Ketika anak kedua kami berusia 5 tahun, kesabaran saya sampai ke kemuncak. Amin tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana melayan kekasih hatinya itu.

"Kehidupan saya mula terjejas. Anak-anak terbiar dan saya tidak dapat menampung hidup hanya dengan duduk di rumah. Lalu saya minta kerja di sebuah kedai menjual pakaian untuk menampung hidup kami.

"Apabila Amin mendapat tahu, dia marah dan mengamuk. Katanya saya ingin mencabar dia untuk bebas keluar rumah sedangkan tujuan saya hanya untuk mencari rezeki untuk kami tiga beranak kerana dia tidak memberi duit nafkah untuk anak-anak.

"Saya tidak lagi boleh harapkan dia untuk menyuap nasi ke mulut anak-anak saya. Biarpun susah saya tidak pernah beritahu keluarga dan mentua sebab tidak mahu kecoh.

"Dengan gaji yang saya peroleh, dapatlah saya tampung belanja rumah dan perbelanjaan sekolah anak-anak.

"Apabila Amin balik dia marah kerana saya tidak ada di rumah, anak-anak dibiarkan sendiri katanya sedangkan saya telah siap memasak makanan untuk mereka sebelum pergi kerja. Lagipun anak-anak sudah besar.

"Satu hari dia datang mengamuk di kedai tempat saya kerja. Malunya saya Allah sahaja yang tahu. Dia maki hamun saya, hina saya depan orang ramai.

"Dalam keadaan marah itu, dia telah menjatuhkan talak satu terhadap saya. Terkejut saya bukan kepalang tetapi saya reda dengan keputusannya itu.

"Saya menangis sepanjang hari. Tuan punya kedai itu faham dan memberi saya cuti untuk saya mencari ketenangan. Keluarga saya terkejut, begitu juga keluarga mentua, tetapi semuanya sudah terlambat.

"Sejak itu bermula kehidupan saya sebagai janda dan ibu tunggal. Anak-anak mahu tinggal bersama saya. Saya fail kes ini di mahkamah syariah. Saya tuntut semua keperluan untuk anak-anak termasuk harta sepencarian.

"Apa yang mahkamah putuskan suami tidak ikut, dia ingkar dan mencari kesilapan saya. Rumah yang kami duduk atas nama dia, saya disuruh keluar sedangkan dia patut sediakan tempat tinggal untuk anak-anak.

"Saya tidak mahu bergaduh panjang lalu keluar dan kembali menetap bersama orang tua yang amat memahami masalah saya. Saya menunggu empat tahun untuk mendapatkan penyelesaian terhadap tuntutan untuk anak-anak. Hingga kini hampa belaka.

"Suami langsung tidak respons walaupun maklumat lengkap tentang tempat kerja dan majikannya saya sudah serahkan kepada pihak berkenaan.

"Saya tidak kisah tentang makan minum sekurang-kurangnya dia tahu tanggungjawab untuk perbelanjaan sekolah anak-anak. Itu yang perlu diutamakan.

"Sekarang kami hidup hanya dengan pendapatan saya dan bantuan keluarga kerana mereka amat faham masalah saya.

"Baru-baru ini saya menyuruh anak sulung saya menelefon bapa mereka minta duit untuk membeli peralatan dan pakaian sekolah. Jawapannya mengecewakan, "Bapa tidak ada duit.'' Sedangkan saya tahu dia boleh berbelanja sakan untuk keluarga barunya.

"Sikapnya menjadikan anak-anak saya marah dan membenci bapa mereka. Saya bersyukur kerana anak-anak tidak meminta yang bukan-bukan daripada saya. Syukur juga kerana mereka berjaya dalam pelajaran.

"Saya telah melakukan yang terbaik untuk masa depan mereka. Pada saya ilmu adalah perkara terbaik yang harus saya berikan untuk mereka.

"Saya tidak kesal dengan perbuatan bekas suami. Di dunia mungkin dia terlepas tapi di akhirat, ada habuan yang menunggu.

"Dia tahu sekolah akan dibuka. Sepatutnya dia bertanya khabar tentang persiapan anak-anak ke sekolah, ini tidak. Dia selalu kata tidak ada duit apabila anak-anak meminta.

"Dia ingat anak-anak bodoh, dia dapat bonus, kerja dapat komisyen dan sebagainya, masakan untuk hulur RM1,000 buat anak-anak setahun sekali pun susah.

"Saya harap jika dia terbaca catatan ini jangan salahkan saya kerana berkongsi masalah ini dengan orang luar. Ada kalanya suami-suami yang degil dan angkuh seperti ini perlu diberi pengajaran supaya mereka sedar dan faham akan dosa pahala, takut pada Tuhan kerana melepaskan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak.

"Saya berdoa anak-anak saya akan berjaya dalam pelajaran mereka dan menjadi manusia berguna di dunia dan akhirat.

"Saya selalu pesan supaya mereka menghormati bapa mereka dan tidak berdendam dengannya. Saya beritahu mereka, satu hari nanti, pasti bapa mereka akan insaf dan mencari anak-anaknya walaupun ketika itu sudah terlambat.

"Saya pula berjanji selagi hidup dan ada kudrat, insya-Allah saya akan berusaha mencari wang untuk perbelanjaan pelajaran dan hidup mereka. Bahagia mereka bahagialah saya. Mudah-mudahan Allah makbulkan permintaan saya ini,'' kata Farhana menutup cerita.

Kisah suami melepaskan tanggungjawab terhadap anak-anak selepas bercerai memang ketara pada masa ini.

Malah pihak berkenaan sama ada Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah juga telah melakukan yang terbaik untuk membawa suami-suami degil ini ke muka pengadilan supaya mereka melaksanakan tanggungjawab mereka. Malangnya ramai yang ingkar dan buat-buat tidak tahu.

Saya kagum dengan Farhana yang bertindak bijak mencari kerja untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya.

Saya juga terkilan dengan sikap bekas suaminya yang tidak melayan anak-anak dengan sewajarnya. Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk kembali memikul tanggungjawab terhadap anak-anaknya.

Kepada Farhana, anda seorang ibu yang baik dan bijak, semoga Allah pelihara anda dan anak-anak serta memberi taufik dan hidayahnya untuk anda sekeluarga.

Menutup kata, air yang dipegang biasanya tidak lama dalam genggaman tetapi sejuknya pasti meresap ke jiwa kerana di situ ada pintu hatinya yang akan terbuka.

Salam

Kejayaan wanita makin diiktiraf


8 DIS. - PELUMBA basikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa disenaraikan dalam Program Road to London 2012 selepas beraksi cemerlang dalam Siri Piala Dunia Klasik di Cali, Columbia.


KEJAYAAN golongan wanita merupakan natijah daripada kesungguhan, keinginan dan iltizam untuk meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik, progresif dan berdaya saing.

Ini terbukti beberapa kejayaan jelas membanggakan pada tahun ini dan sekali gus memartabatkan maruah kaum Hawa itu.

Bahkan Malaysia turut menduduki tangga ke-12 terbaik di kalangan 54 negara anggota Komanwel dari segi memberi layanan kepada kaum wanita.

Di samping itu, mengikut Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton mendedahkan negara berada di tempat ketujuh di dunia yang mana wanita memegang jawatan kanan dalam organisasi perniagaan. Kedudukan Malaysia itu adalah di kalangan 39 negara yang terlibat dalam tinjauan tersebut.

Lebih menggembirakan dasar penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat diluluskan. Langkah berkenaan bertujuan meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah. Sehubungan itu, pihak korporat khususnya syarikat milik kerajaan dan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia diberi tempoh lima tahun untuk memastikan sasaran tersebut tercapai.

Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan antara yang terbaik pernah dilakukan turut memperuntukkan RM50 juta bagi suntikan imunisasi barah pangkal rahim.

Ilham tukang jahit


Koleksi Francisca & D berharga antara RM600 hingga


SERONOK apabila dua sahabat baik boleh sepakat menubuhkan perniagaan bersama. Hinggakan pemilihan nama untuk label produk mereka juga menggunakan nama mereka berdua.

Semangat setia kawan Francisca dan Daljeet dibuktikan dengan perasmian Francisca & D bertempat di Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, mereka berdua merupakan pembuat pakaian peribadi khas untuk penggemar fesyen dan golongan sosialit sahaja, namun akhirnya memilih untuk menghasilkan koleksi pakaian siap untuk semua wanita yang gemar berfesyen.

Sasaran mereka ialah golongan pertengahan hingga yang lebih tinggi.

Keistimewaan koleksi Francisca & D terletak pada gaun petang yang kelihatan mewah, penggunaan warna-warna ceria yang pasti memberikan penampilan anggun dan bergaya untuk wanita.

Bagi Francisca, pengenalan mereka daripada tukang jahit kepada pereka fesyen adalah untuk memberikan lebih peluang kepada wanita untuk mendapat pilihan yang lebih banyak dan menarik.

Francisca berdarah campuran Indonesia dan British manakala sahabatnya Daljeet pula merupakan kacukan Cina dan Punjabi.

“Apabila pakaian yang kami pernah hasilkan sebelum ini mendapat pertanyaan dan permintaan daripada pelanggan lain, maka kami mengambil keputusan untuk mengeluarkan pakaian sedia dipakai bagi memenuhi permintaan tersebut.

“Koleksi sulung kami yang diberi nama Celebrating Colours and Style ini mengambil inspirasi daripada fesyen klasik (Audrey Hepburn) yang ditambah dengan unsur urban glamor,” jelas ibu kepada dua anak ini.

Tambah Francisca, apa yang membezakan mereka dengan jenama lain ialah mereka merupakan pembuat pakaian.

“Sebagai pembuat pakaian, kami secara konsisten bekerjasama dengan wanita yang sofistikated dan bergaya. Golongan ini tidak mahu lagi nampak biasa dan mencari kelainan seperti identiti dalam apa yang mereka pakai. Sebagai kesimpulannya kami tahu apa yang mereka mahu dalam berfesyen dan itulah juga yang diterjemahkan dalam koleksi kami yang kebanyakannya adalah gaun pakaian petang,” jelas Francisca yang juga merupakan pengarah urusan untuk Francisca & D.

Pada majlis pelancaran tersebut, Francisca & D memperkenalkan sembilan koleksi pakaian menarik yang menggabungkan unsur glamor klasik Hollywood.

Ada juga yang mengambil inspirasi daripada tradisional Asia dan kaftangan moden.

Setiap pakaian tersebut direka dan dijahit dengan penuh ketelitian menyerlahkan lagi ciri kewanitaan sebenar. Malah jangan terkejut jika ada sulaman pada koleksi tersebut mengambil masa selama 30 jam untuk disiapkan!

Koleksi terbaru ini boleh didapati di butik Francisca &D di Medan Damansara, atau boleh dibeli secara dalam talian di www.facebook.com/#!/pages/Francisca-D-Tailoring-servicesReady-to-wear-womens-clothing.

Laluan pantas ke utara


PROJEK pembinaan PLBE bakal menghubungkan Ipoh ke Padang Besar dengan waktu perjalanan yang lebih singkat.


BAIT-BAIT lagu Ekspres Rakyat nyanyian kumpulan Kembara mengusik memori lama ketika kereta api menjadi wadah pengangkutan utama penduduk di Semenanjung Malaysia.

Namun, dengan terbinanya Lebuh raya Utara Selatan, kereta api tidak lagi menjadi pilihan orang ramai yang kini lebih selesa menggunakan bas ekspres untuk ke satu-satu destinasi.

Ini disebabkan, masa yang diambil lebih lama jika menggunakan kereta api berbanding dengan bas.

Misalnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang terpaksa mengambil masa selama lapan jam dengan menaiki kereta api, berbanding hanya empat jam jika menggunakan bas.

Mungkin disebabkan itulah, populariti kereta api kian susut dan penggunaan terhadap perkhidmatan itu tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna.

Pun begitu, dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) semua tanggapan tersebut terhapus.

ETS yang pertama menghubungkan Kuala Lumpur ke Ipoh menjadi contoh kejayaan dalam era baru perkhidmatan kereta api apabila jarak perjalanan dapat dipendekkan daripada empat jam kepada dua jam.

Ditambah pula dengan pembinaan landasan berkembar yang menyambungkan perkhidmatan ETS ke utara tanah air hingga ke Padang Besar, Perlis merancakkan lagi perkhidmatan itu kelak.

Wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar AMIN FARIJ HASAN berpeluang mengikuti lawatan ke tapak Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar baru-baru ini.

Apabila siap kelak, ia bakal menjadi ikon baru negara sekali gus meningkatkan perkhidmatan kereta api ke tahap yang lebih dibanggakan.

Jennifer nafi guna Botox


JENNIFER ANISTON


LOS ANGELES – Pelakon Hollywood terkenal, Jennifer Aniston didakwa mengambil suntikan botox untuk mengelakkan daripada mengalami kulit yang berkedut.

Namun, pelakon filem ‘Marley and Me’ itu menafikan dakwaan tersebut.

Bintang siri televisyen popular, ‘Friends’ yang berumur 42 tahun itu berkata, dia tidak lagi bimbang tentang berat badan yang semakin bertambah tetapi lebih berhati-hati dengan pendedahan kulitnya di bawah cahaya matahari.

“Ramai berfikir saya mengambil suntikan botox tetapi saya tidak melakukannya,” katanya kepada majalah InStyle.

Tambahnya, semua barangan kosmetik itu hanya akan mengurangkan kecantikannya.

Kami hanya kawan rapat: Zain Saidin

ZR

Biarpun beberapa kali menafikan hubungan cinta yang terjalin. Namun baru-baru ini, cerita Zain Saidin menemani aktres cantik, Rozita Che Wan dan anak-anak bercuti ke Genting Highland, Pahang, tersebar luas.

Menerusi sebuah portal hiburan, beberapa peminat melaporkan melihatkan kelibat Zain dan Rozita di kota keriangan itu pada Isnin lalu.
Zain yang dihubungi Zass tidak menafikan menemani Rozita, namun tetap menegaskan bahawa mereka berdua hanya berkawan rapat.
"Rozita mahu membawa anak-anaknya berjalan sempena musim cuti persekolahan. Rozita mengakui dia tidak berapa cekap memandu di kawasan berbukit dan mengajak saya untuk turut serta.
"Kebetulan saya tiada penggambaran dan jadual kosong, jadi saya bersetuju untuk menemaninya memandangkan kami berkawan rapat," jelasnya.
Zain berkata, hubungannya di antara dia pelakon drama Kiah Pekasam itu hanya berlandaskan seorang kawan. Malah Zain juga enggan mengambil pusing tanggapan orang lain mengenai hubungan mereka.
“Selagi gosip-gosip ini tidak mengganggu hidup dan kerjaya, saya tidak kisah. Tetapi sekiranya cerita ini melebihi daripada apa yang sepatutnya sehingga boleh memburukkan reputasi kami, saya tidak akan berdiam diri,” katanya.
Bagaimanapun, Rozita tidak dapat dihubungi Zass bagi mengulas lebih lanjut percutian dan hubungannya bersama aktor kacak itu.

Tarantella serah tindakan lanjut kepada Astro

youtube

Penayangan filem Ombak Rindu di laman You Tube tanpa kebenaran pihak produksi, Taranttela Pictures Sdn Bhd hampir selesai apabila Tarantella berjaya menutup filem itu sejak tengah malam semalam.

Menurut Penerbit Penyelaran Tarantella Pictures, Jailani Abdul Ghani, pihaknya menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap pihak yang bertanggungjawab memuat naik filem berkenaan.
"Buat masa ini, filem Ombak Rindu sedang ditayangkan di Astro dan terpulang pada budi bicara mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya. Selain di You Tube, pihak kami juga telah dilaporkan bahawa filem ini telah pun dijual menerusi DVD cetak rompak.
“Setakat ini kami hanya menunggu keputusan daripada pihak pengurusan Astro untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Zass, semalam.
Sementara itu, pihak Astro ketika dihubungi masih lagi belum dapat memberi sebarang respons berkaitan isu muat naik filem tersebut kerana individu yang bertanggungjawab menyelesaikannya perkara itu kini berada di luar negara.
Ombak Rindu arahan Osman Ali yang ditayangkan pada 1 Disember lalu, mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat industri tempatan.

Papa I Love You Satukan Zalif, Mia dan Lisa

papa

Pengorbanan hidup seorang bapa tunggal bukanlah isu atau topik baru yang mewarnai penceritaan filem mahupun drama tempatan. Pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki pada 2009 pernah tampil dengan karya diberi nama, Papadom,
Di Hollywood pula, jalan cerita memaparkan hubungan bapa dan anak juga pernah dijayakan Will Smith dan anak kandungnya, Jaden menerusi The Pursuit of Happyness pada 2006.
Kini, MIG Production Sdn Bhd tampil dengan kisah kekeluargaan menerusi Papa I Love You yang diarahkan oleh Hashim Rejab dan sudah menemui penonton di pawagam semenjak 29 Disember lalu.
Mencari keunikan filem Papa I Love You, barangkali keberanian David Teo selaku produser apabila memilih pendatang baru, Zalif mendukung watak Bahar sebagai teraju utama di samping Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan (Mia), 6.
Lazimnya, kisah sebegini bersandarkan pada nama besar aktor yang dihormati bagi menarik perhatian penonton seperti Shaheizy Sam bersama Lisa dan Mia Sara dalam Sekali Lagi.
Zalif atau nama sebenar, Wan Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 26, berkata setelah melihat keseluruhan filem berkenaan, dia berpuas hati dengan lakonannya kerana berasakan sudah memberikan lakonan yang terbaik.
"Papa I Love You merupakan filem pertama saya membawa watak utama. Sewaktu David menawarkan filem ini kepada saya, saya memang rasa terkejut dan berasakan ia adalah satu peluang yang tidak mungkin saya sia-siakan.
"Pada masa sama, tipulah kalau saya tidak bimbang akan risikonya. Namun, saya percaya kejayaan atau kegagalan sesebuah filem bukan pelakon sebagai penyebab semata-mata tetapi merangkumi pelbagai aspek.
"Malah, saya juga mendapat maklum balas dari laman sosial Facebook dan Twitter mengenai lakonan saya dan rata-rata berpuas hati selepas melihat filem berkenaan," katanya.
Watak Bahar cabar Zalif
Zalif yang juga mesra disapa dengan nama, Pooh mengakui filem ini turut mendatangkan cabaran tersendiri kerana dia perlu membawa watak sebagai bapa tunggal yang mempunyai seorang anak. Pada ironinya, Zalif belum pernah melalui pengalaman menjadi seorang bapa.
Katanya, pada hari pertama dan kedua penggambaran, dia sedikit kecewa kerana tidak dapat mendekati Mia. Namun Zalif cuba mengorek rahsia daripada Sein dan ibunya untuk mengetahui cara memikat kanak-kanak.
“Memang ia cabaran berat buat pelakon baru seperti saya yang belum cukup pengalaman. Nampak macam mudah tetapi buat saya, ia satu cabaran dan tugas berat. Saya belum berkahwin, apatah lagi melalui pengalaman bergelar ayah.
"Malah saya juga menonton filem The Pursuit of Happyness untuk menghayati watak Bahar ini. Selain itu, saya turut lakukan sedikit kajian dengan mendapatkan pandangan daripada Sein Ruffedge yang pernah berlakon dengan Mia dan Lisa menerusi drama Adamaya.
"Malah saya juga turut meminta pandangan ibu saya dan dia mencadangkan agar saya memberi coklat dan anak patung buat Mia. Alhamdulillah usaha saya itu berhasil apabila sedikit demi sedikit Mia boleh menerima saya dan saya boleh memegang serta memeluknya," katanya yang sehingga kini dipanggil Papa Pooh oleh Mia.
Zalif berkata Lisa juga banyak membantunya bagi mewujudkan keserasian dan juga menampilkan lakonan yang berkesan.

"Bagi saya, cabaran paling berat adalah babak saya berpegang tangan dengan Lisa kerana ketika itu saya memang berdebar-debar. Tetapi Lisa banyak mengajar saya sekali gus membantu membuang rasa debar itu," katanya.
Mahu kekalkan tubuh comel
Menyentuh mengenai karier seninya Zalif berkata, dia bakal tampil dalam filem Hantu Botol Kicap, 7 Petala Cinta, Ajinamoto, Budak Pailang dan Ajiboy selepas ini.
Biarpun masih baru, profil kariernya sudah boleh dibanggakan kerana sehingga kini Zalif sudah berlakon dalam tujuh buah filem. Meskipun berbadan comel, Zalif membuktikan masih ada tempat buat pelakon sepertinya menempa nama dalam bidang seni.
"Buat masa ini saya belum ada perancangan untuk menurunkan berat badan saya kerana saya memang selesa dengan bentuk badan saya. Saya tahu di Malaysia orang memang lihat rupa paras.
"Tetapi saya yakin orang berbadan comel seperti saya juga ada tempat di dalam industri dan individu seperti Angah Raja Lawak, Afdlin Shauki sudah membuktikan bahawa mereka juga boleh membawa apa sahaja watak biarpun berbadan besar," katanya optimis.
Di sebalik perwatakan Elly
Sementara itu, pelakon cantik Lisa Suriani mengakui karya ini amat dekat dengan diri Lisa kerana ia memaparkan hubungan baik antara bapa dan anak perempuan sebagaimana keakraban dirinya dengan arwah bapanya, Mohamed Mahbob.
Katanya, dia memilih untuk terbabit dalam filem ini kerana jalan ceritanya yang memaparkan kasih sayang di antara bapa dan anak perempuan. Bagaimanapun, terdapat dua situasi yang digambarkan iaitu hubungan baik Bahar dan Mia sementara dirinya sebagai Elly berdepan masalah dengan bapanya, Datuk Kudin watak dimainkan Zaidi Omar.
“Saya sepatutnya memanggil abang Zaidi Omar dengan gelaran, papa tetapi saya meminta izin kepada pengarah untuk memanggilnya daddy kerana itu panggilan saya buat arwah.
“Kebetulan abang Zaidi Omar berkulit cerah dan bermata kecil sama seperti daddy. Terkadang saya berasakan dia seperti bapa saya kerana terdapat banyak persamaan.
“Di alam realiti, hubungan saya dengan arwah daddy sangat baik, sebaliknya dalam Papa I Love You, saya sering terikat dengan babak pertengkaran dengan daddy saya. Salah satunya, saya mengacukan pisau kepadanya. Itu adalah sesuatu yang sukar untuk saya lakukan. Saya sakit hati apabila perlu berbuat demikian,” katanya.
Pernah menang Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) dan Pelakon Wanita Terbaik FFM23, Lisa berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah bergandingan dengan Zalif kerana percaya keserasian itu perlu diwujudkan sebagaimana keserasian yang diwujudkan bersama pasangan layarnya sebelum ini, Farid Kamil dan Shaheizy Sam.
"Bagi saya setiap naskhah yang saya lakonkan adalah buku baru dan pengalaman baru buat saya. Saya tidak meletakkan diri saya sebagai pelakon senior atau sebagainya. Tetapi saya sama-sama duduk dengan Zalif dan berbincang untuk mewujudkan keserasian," katanya yang bakal memasuki set penggambaran filem Ular terbitan KRU Studios bulan depan.
Mula lakukan persiapan
Mengusik tentang persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung kurang dua bulan lagi, Lisa mengakui sudah mula untuk melakukan persiapan. Namun masih belum ada perbincangan dibuat memandangkan dia dan Yusry agak sibuk buat masa sekarang.
“Setakat ini kami hanya tempah lokasi majlis pernikahan dan resepsi saja. Tentang persiapan lain, masih belum dibincangkan lagi. Tema dan konsep perkahwinan juga belum ditentukan sebab kami masih belum duduk berbincang mengenai perkara ini.
“Ada juga pihak yang menawarkan tajaan tetapi kami masih belum beri kata putus. Lagipun, kami tidak terlalu inginkan itu dan ini. Bagi kami, asalkan majlis berjalan dengan lancar, itu sudah mencukupi. Setakat ini, kedua-dua pihak bekerjasama untuk melaksanakan majlis tersebut," katanya.
Mia perlahan karier seni
Sementara itu, pelakon cilik Mia Sara bakal melangkah ke tahun satu pada 2012 ini akan mula memperlahankan karier seninya.
Menurut bapanya, Ridhuan yang menjawab soalan bagi pihak Mia, meskipun karier seninya berjalan dengan baik sekarang, dia terpaksa utamakan pendidikan anak ketiganya itu.
"Selain sibuk mempromosikan Papa I Love You, Mia juga sedang menjalani penggambaran Cinta Buat Emelda yang akan bersiaran di slot Aksia, TV3 pada Februari nanti.
"Pada Januari ini pula, Mia akan mula melangkah ke sekolah rendah dan demi kebaikannya, karier lakonannya mungkin akan diperlahankan sedikit.
"Tetapi tidaklah sampai berhenti berlakon kerana bukan mudah Mia dapat sampai ke tahap yang dicapai sekarang. Jadi selagi dia boleh kekalkan kariernya, saya akan cuba membahagikan masa yang terbaik buatnya," katanya.
Menyentuh lakonan Mia dalam filem ini, Ridhuan berkata, filem ini mempunyai sedikit kelainan berbanding lakonan Mia sebelum ini kerana dia perlu menghayati watak sebagai anak yatim.
“Bagi memastikan dia benar-benar menjiwai watak, saya dan pengarah dengan bantuan pelakon banyak memberi keterangan padanya. Syukur Mia mudah faham,” katanya.

Kembang produk melalui Foodtrails

Kembang produk melalui Foodtrails

SEREMBAN – Bagi mengembangkan promosi produk pelancongan, setiap negeri bakal mengelolakan Foodtrails yang mana kaedah ini merupakan satu cara promosi melalui makanan.

Pengarah Tourisme Malaysia (TM) Negeri Sembilan, Hishamuddin Mustafa berkata, Negeri Sembilan bakal mengelolakan program ­seumpama ini dalam masa terdekat.

Menurutnya, kunjungan beberapa agensi pelancongan dan wakil ­media negeri ke Terengganu, baru-baru ini disifatkan sebagai usaha ­berterusan yang dilaksanakan oleh TM negeri untuk terus mengembangkan promosi produk pelancongan masing-masing.

“Kunjungan yang turut diwakili oleh pegawai dari TM Negeri Sembilan bakal meneruskan ­kesinambungan impak kerancakan sektor pelancongan bagi kedua-dua negeri ini khususnya.

“Semua peserta yang terlibat akan dibawa untuk mengenal dan menikmati kelazatan serta keunikan makanan di negeri Adat Perpatih ini,” katanya.

Hishamuddin berkata, selain ­fokus kepada mempromosikan produk pelancongan melalui kunjungan ini juga sebagai pendekatan untuk memastikan penggerak sektor pelancongan negeri memperoleh seberapa banyak ilmu untuk dimanfaatkan ­dalam bidang masing-masing bagi sama-sama menjayakan sektor ini.

“Bagi Tourisme Malaysia sendiri, kami sebagai ‘front liner’ atau runners yang memberikan maklumat kepada pelancong mengenai pelbagai ­mak­lumat perlu memiliki pengetahuan lengkap dan melalui usaha ­seumpama ini dapat memenuhi ­kehendak itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa Terengganu Monsoon Foodtrails, baru-baru ini.

Katanya, pastinya kunjungan ke Terengganu itu mempunyai strategi tertentu, selain melihat cara mereka menguruskan Foodtrails, mereka juga mempromosikan pelbagai pakej yang ditawarkan ke negeri ini.

“Kita mahu meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri Adat Perpatih ini, sekali gus mencapai ­sasaran 4 juta pelancong tahun ­hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah TM Terengganu Mohd Nasir Kushairi berkata, pelancongan berasaskan makanan diiktiraf sebagai cabang penting dalam industri pelancongan yang semakin mendapat perhatian orang ramai.

“Terengganu Monsoon Foodtrails adalah salah satu program di bawah ‘Fabulous Food 1 Malaysia’ dan ­program ini adalah julung kali ­diadakan di negeri ini.

“Melalui kepelbagaian makanan dan keunikan selain kelazatannya, ia mampu menarik perhatian ­ pelancong untuk datang berkunjung ke ­lokasi yang menyediakan hidangan tersebut,” katanya.

Peserta Terengganu Monsoon Foodtrails dibawa lebih dekat untuk mengenal kepelbagaian jenis ­makanan Terengganu seperti kuih akok, nganang, lok lik dan satar.

Selain itu peserta juga diberikan peluang untuk mencuba sendiri membuat beberapa jenis makanan tradisional Terengganu seperti ­keropok lekor, ketupat sotong dan nasi dagang.

Rozana mati angkara samun


TIGA lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Rozana berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Selayang, Gombak semalam.


KUALA LUMPUR – Kes pembunuhan seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak yang ditemui mati dengan 15 tikaman minggu lalu memasuki episod baharu apabila polis dapat menahan tiga lelaki semalam bagi membantu siasatan kes yang bermotifkan samun itu.

Suspek-suspek berusia di antara 19 dan 22 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Lembah Pantai di sini manakala seorang lagi suspek diberkas di Kampung Dato’ Keramat.

Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek datang ke rumah Rozana untuk menyamun wang serta barangan peribadi mangsa pada hari kejadian.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu hanya dua daripada suspek naik ke rumah mangsa manakala seorang lagi menunggu di bawah.

“Maklumat yang kita dapat mengatakan salah seorang suspek berumur 19 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa bercadang mencuri wang serta komputer riba mangsa untuk dijual kepada rakannya yang berusia 22 tahun. Jenayah itu hendak dilakukan ketika mangsa sedang tidur.

“Bagaimanapun, mangsa yang tersedar cuba menghalang perbuatan teman lelakinya sebelum berlaku pergaduhan. Keadaan kemudian menjadi tegang menyebabkan salah seorang suspek menikam mangsa bertubi-tubi dengan pisau,” katanya.

Penari tiang kian terdesak

ANGGOTA polis menahan seorang GRO yang cuba melarikan diri selepas menyedari kelab malamnya diserbu.


KUALA LUMPUR - Penari-penari tiang berunsur seks di kelab malam di sekitar Lembah Klang mungkin boleh memikirkan 'kerjaya' lain ekoran pihak berkuasa secara berterusan menyerbu premis-premis tersebut selepas pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan itu di Pandan Perdana, Ampang Jaya Khamis lalu.

Terbaharu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggempur sebuah pub di Taman Maluri di sini yang turut menyajikan tarian tiang berunsur seks kepada pengunjung pada pukul 1.45 pagi.

Dalam serbuan itu, polis menahan seramai 55 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) tempatan yang disyaki pelayan dan penari tiang berpakaian seksi berusia di antara 17 dan 40 tahun. Mereka ditugaskan untuk melakukan aksi mengghairahkan di pub itu.

Turut ditahan ialah 65 pelanggan termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebelum dibebaskan sebaik polis berpuas hati dengan keterangan masing-masing.

Seperti di kelab malam di Pandan Perdana, pelanggan di pub berkenaan yang berminat dengan mana-mana penari boleh membeli kalungan bunga, mahkota atau jubah khas pada harga di antara RM20 dan RM1,000 untuk diberikan kepada gadis-gadis yang berkenan di hati.

Layanan istimewa pula menanti pelanggan yang memberikan tiga barang itu kepada penari.

Modus operandi tersebut kelihatan hampir sama di setiap premis yang menawarkan perkhidmatan gadis penari tiang dan ia mendapat sambutan hangat pengunjung.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, pub tersebut beroperasi sejak tiga tahun lalu dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Majlis Bahasa Inggeris ditubuh tahun depan


MUHYIDDIN (tengah) berbual dengan beberapa pelajar semasa melawat SMK Taman Tun Dr. Ismail di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Majlis Bahasa Inggeris akan ditubuhkan tahun depan bagi menentukan standard pencapaian bahasa Inggeris pelajar sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pada masa ini hanya terdapat satu pasukan khas Kementerian Pelajaran untuk menentukan pencapaian bahasa Inggeris pelajar yang juga akan merujuk kepada pihak luar dalam menyediakan kertas peperiksaan.

"Bila kita kata pelajar itu pandai bahasa Inggeris, itu apa maknanya, apa ukurannya. Jadi untuk tujuan itu, kita sedang memikirkan pembentukan Majlis Bahasa Inggeris untuk menanda aras standard bahasa Inggeris yang kita gunakan di Malaysia.

"Kerajaan tidak mahu bersikap syok sendiri untuk menyatakan bahawa pencapaian bahasa Inggeris yang dicapai oleh sekolah-sekolahnya mencapai piawaian antarabangsa kerana ada orang kata, mutu bahasa Inggeris pelajar dan rakyat negara ini masih rendah dan ada yang kata sebaliknya," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Ahli perniagaan didakwa tipu NFC RM1.755 juta


WAJAH Shamsubahrin ketika keluar
dari Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur
semalam.


KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (gambar kecil), membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain petang semalam.

Ahmad Zamzani membenarkan Shamsubahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn. Bhd. itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Pengarah NFC itu menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Didera ibu angkat


KESAN lebam yang terdapat pada perut mangsa (gambar kecil) ketika ditemui di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Penderitaan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai didera ibu angkatnya sejak empat bulan lalu berakhir apabila dia diselamatkan polis Rabu lepas.

Perkara itu terbongkar selepas seorang jiran membawa mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk diperiksa selepas mendapati badan dan mata kiri kanak-kanak itu lebam-lebam. Lebih tragis kemaluan kanak-kanak itu mempunyai kesan torehan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, sebelum kejadian, mangsa ditinggalkan ibu angkatnya untuk dijaga oleh jiran di Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar di sini pada pukul 4.30 petang Rabu lalu.

Katanya, wanita itu meninggalkan mangsa sementara di situ kononnya kerana hendak ke Kelantan.

"Jiran mangsa yang berusia 39 tahun kemudian terperanjat apabila menemui kesan lebam dan torehan pada badan mangsa ketika hendak memandikannya sebelum membawanya ke hospital.

"Polis kini mencari ibu angkat mangsa berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak," katanya.

Peraturan baharu tahun 2012


PENGGUNA jalan raya yang gagal mematuhi arahan pemakaian tali pinggang keledar belakang akan dikenakan kompaun RM300 mulai tahun 2012. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar belakang merupakan antara peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.

Pengguna jalan raya yang gagal mematuhinya akan dikenakan kompaun RM300.

Selain itu, arahan penyeragaman logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 ini.

Selain itu, pelaksanaan kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 yang juga mula berkuat kuasa.

Ekoran Bajet 2012 pula, seramai 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah akan menerima baucar buku RM200 mulai Januari ini.

Daripada aspek pendidikan, mulai tahun 2012, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bakal dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah.

Bermula 1 Januari juga, kerajaan bersetuju melakukan pengumuman dalam bahasa Tamil disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Terbang Tambang Murah.

18 penduduk rugi


NAIN menunjukkan televisyen dan kipas angin yang rosak ekoran arus elektrik berlebihan di rumahnya di Kampung Merbau 9, Pedas semalam.


REMBAU – Seramai 18 penduduk di Kampung Merbau 9, Pedas dekat sini mengalami kerugian selepas pelbagai barangan milik mereka rosak ekoran kejadian arus elektrik berlebihan pada 25 Disember lalu.

Antara barangan tersebut termasuklah televisyen, mesin basuh, peti sejuk, kipas angin, radio dan lampu.

Seorang penduduk, Haziah Muhamad, 40, mendakwa, dia menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang apabila kipas siling di rumahnya berputar dengan laju secara tiba-tiba serta mengeluarkan bunyi berdengung.

“Tidak lama selepas itu saya mendengar bunyi letupan kecil diikuti beberapa peralatan di rumah saya berhenti berfungsi dan mengeluarkan asap serta bau hangit.

“Saya anggarkan kerugian mencecah ribuan ringgit kerana peralatan elektrik seperti televisyen, kipas, lampu dan mesin basuh rosak dan tidak boleh digunakan lagi,” katanya di sini semalam.

Suri rumah itu berkata, dia kemudian dimaklumkan bahawa beberapa jirannya turut mengalami nasib yang sama.

Konsert Ambang 2012 di Dataran Merdeka


Najwa


KUALA LUMPUR - Institusi perbankan terkemuka, AmBank Group (AmBank) akan menganjurkan sambutan tahun baharu 2012 di sini malam ini.

Sambutan yang dikenali sebagai Konsert Ambang 2012 itu akan diadakan di Dataran Merdeka di sini bermula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

Pengunjung konsert akan dihiburkan dengan pertunjukan bunga api tepat jam 12 tengah malam sebagai menandakan ketibaan tahun baharu.

Konsert itu bakal menampilkan barisan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Awie, Faizal Tahir, Hujan One Nation Emcees, Hillary Ng, Malique, Najwa Latiff, Desiree Tan dan Sabhi Saddi.

Majlis yang sama dijangka turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim

Ia akan disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.30 malam sehingga 1 pagi.

Kontroversi seni


FOTO kontroversi Nabila bersama lelaki misteri.


Nakal Nabila Huda - TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Peribahasa itu mengena tepat pada Nabila Huda, puteri kepada rocker Amy Search. Nabila mengejutkan khalayak menerusi tuntutan cerai daripada suaminya setelah tiga tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Selang beberapa ketika, Nabila muncul dengan kontroversi panas menerusi penyebaran foto bercium bersama lelaki yang didakwa seorang pengajar ilmu selam ketika sedang bercuti di Pulau Tioman bersama rakan-rakannya. Bukan itu saja, foto itu memaparkan keadaan Nabila beraksi liar dengan memakai bikini.

Nabila pada awalnya enggan mengulas, namun tampil dalam sebuah program hiburan dan meluahkan segala yang berlaku termasuk rasa kesalnya dan permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminatnya.

Sebagai bapa, Amy Search juga terkejut dengan tindakan anaknya itu dan hanya mampu menasihati agar lebih bersopan. Kata orang, sebagai seorang selebriti, setiap perkara yang dibikin akan diperhatikan orang sekeliling.

Fenomena hiburan



Karisma Aaron Aziz - WANITA mana yang tidak penasaran dengan aura aktor kacak, Aaron Aziz, sementelah watak romantis yang dimainkan dalam drama rantaian Nora Elena sebagai Seth Tan ini telah melonjakkan namanya dengan cukup tinggi sebagai aktor yang wajib diberi perhatian pada tahun ini dan 2012.

Dilahirkan di Singapura dan kini sudah menjadi warganegara Malaysia, catatan karier Aaron bertambah cemerlang dengan deretan filem dan keberkesanan lakonannya dalam naskhah-naskhah seperti KL Gangster dan terbaru, filem Ombak Rindu yang mencecah kutipan lebih RM11 juta!.

Karier Aaron dijangka akan semakin cerah saat kalander 2012 apabila dia juga kini menjadi pilihan banyak produk yang mahukan dirinya menjadi duta. Apabila seseorang artis sudah layak menjadi duta, itu bermakna mereka memang sudah cukup kuat dalam industri seni tempatan.

Anekdot dunia




Ariel Peterpen dipenjara - NAMA Ariel Peterpan cukup hangat sepanjang 2010 kerana kes video lucahnya bersama beberapa wanita jelita termasuk selebriti terkenal Indonesia seperti Cut Tari dan Luna Maya. Selepas perbicaraan, pada 31 Januari 2011, Ariel dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan dan denda sebanyak RM87,852. Ia hukuman yang lebih ringan berbanding yang diajukan sebelum ini.

Bieber tonton perlawanan bola keranjang NBA

JUSTIN BIEBER duduk di barisan depan penonton semasa dia menyaksikan perlawanan bola keranjang di Pusat Udara Kanada, Toronto pada Rabu lalu.


TORONTO, Kanada - Penyanyi remaja berusia 17 tahun dari Kanada, Justin Bieber menonton perlawanan bola keranjang antara pasukan Toronto Raptors dan Indiana Pacers di sini pada Rabu lalu.

Dia memakai pakaian berlengan panjang, topi berwarna biru, seluar panjang dan sepasang kasut gelap semasa menonton perlawanan tersebut.

Bieber merupakan penyokong pasukan Toronto Raptors.

Dia yang merupakan kekasih penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez, 19, turut menyaksikan pasukan sorak Toronto Raptors membuat persembahan di Pusat Udara Kanada.

Bieber duduk di barisan depan penonton semasa dia menonton persembahan pasukan sorak tersebut yang berpakain skirt pendek berwarna merah.

Namun, pasukan kegemaran Bieber itu tewas kepada Indiana Pacers dengan mata 90-85 dalam perlawanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan NBA.

Kapal selam Rusia terbakar


ASAP menjulang tinggi dari sebuah kapal selam nuklear Yekaterinburg yang terbakar di sebuah limbungan di wilayah Murmansk, Rusia kelmarin.


MOSCOW - Tentera Rusia menyatakan sejumlah kru sebuah kapal selam nuklear yang terbakar masih berada di dalam kapal selam berkenaan manakala tujuh lagi dihantar ke hospital selepas terhidu asap beracun.

Kementerian Pertahanan Rusia memberitahu, tiada kebocoran radiasi dalam kebakaran yang berlaku kelmarin di sebuah limbungan kapal di wilayah Murmansk.

Ketika kejadian, kapal selam terbabit, Yekaterinburg ditempatkan di sebuah limbungan kering di lokasi berkenaan.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran itu semalam.

Pihak tentera dalam satu kenyataan memberitahu, api bermula di sebuah perancah kayu di limbungan berkenaan sebelum merebak ke bahagian badan kapal selam tersebut.

Menurut kenyataan sama, reaktor kapal selam nuklear Yekaterinburg telah dimatikan manakala 16 buah peluru berpandu nuklear telah dikeluarkan sebelum ia dibaikpulih di limbungan itu.

Pada 18 Ogos 2000, kapal selam nuklear Rusia, Kursk tenggelam di Laut Barents selepas berlaku letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran pada sistem bahan api yang merebak ke tempat simpanan peluru torpedo kapal selam berkenaan.

Semua 118 kru kapal selam sepanjang 154 meter dengan berat sekitar 16 tan itu terbunuh dalam insiden tersebut.