PETALING JAYA: Bermula seawal 22 Oktober ini, TV3 menyediakan pelbagai rancangan menarik sempena Hari Deepavali pada 26 Oktober melalui slot Pesta Cahaya Deepavali.
Rancangan-rancangan hebat terbitan tempatan dan luar negara seperti Sivaji The Boss, Ninaithale Inikkum, Nona Istimewa Deepavali, Arjun And The Adventure Of The Ice Lotus, Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali, Muzikal Jodoh Deepavali dan Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali.
Sivaji The Boss disiarkan pada 22 Oktober ini, pukul 2 petang. Filem lakonan Rajnikanth, Vivek, Shriya dan Suman ini mengisahkan tentang seorang lelaki kaya bernama Sivaji yang berkelulusan Amerika kembali ke tanah airnya, India bagi membantu anak bangsanya yang berada dalam kesusahan.
Nona Istimewa Deepavali pada 23 Oktober, pukul 2 petang dihoskan oleh Vanida Imran. Episod istimewa Nona sempena Deepavali menawarkan pelbagai segmen istimewa.
Antaranya, fesyen dengan koleksi aksesori Deepavali menerusi segmen kecantikan dan kesihatan mendalami khasiat minyak kelapa dara.
Temui personaliti Thanuja Ananthan yang dimahkotakan sebagai ratu cantik Malaysia. Segmen masakan pula memaparkan Datin Khaty berkongsi rahsia masakan nasi beriyani istimewa dan tidak ketinggalan segmen majlis perkahwinan Ashraf Muslim.Lokasi pilihan istimewa kali ini ialah dari kediaman Datuk Rama dan Datin Khaty, pemilik rangkaian Restoran Lotus.
Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali disiarkan pada 26 Oktober ini, pukul 6.30 pagi. Ikuti edisi istimewa yang memaparkan tentang kemeriahan sambutan di peringkat keluarga, komuniti setempat dan kebangsaan.
Arjun And The Adventure Of The Ice Lotus memaparkan kisah tiga orang murid Guru Drona iaitu Arjun, Bheem dan Duryodhan disuruh untuk melakukan upacara meditasi di sebuah pergunungan. Ia disiarkan pada 26 Oktober ini, pukul 9.05 pagi.
Ninaithale Inikkum yang disiarkan pada 26 Oktober ini, pukul 10 pagi menceritakan tentang Siva dalam perjalanan dari Mumbai untuk menyertai majlis “reunion” kolejnya.
Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali pada 26 Oktober ini, pukul 12.30 tengah hari membawakan siaran lintas langsung dari Studio B ke Batu Caves, dimana Perdana Menteri Malaysia dan Keluarga Presiden MIC, Datuk Palanieval serta seluruh rakyat Malaysia menghadiri sambutan perayaan Deepavali yang pertama kali diadakan secara terbuka.
Antara topik-topik yang bakal dipaparkan di studio adalah “Pesta Cahaya” serta persembahan tarian India klasik dan moden, “Dance Space Studio”.
Sementara Muzikal Jodoh Deepavali pada 26 Oktober ini, pukul 5.35 petang menyiarkan tentang program muzikal komedi yang dihoskan oleh Kenchana Devi dan Shashi Dharan.
Dua pengacara ini akan menemubual artis popular tanahair mengenai perayaan Deepavali diselangi dengan beberapa buah lagu menarik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: