Sunday, October 23, 2011

Persiapan akhir Deepavali


kombinasi menarik. Si ibu tampil anggun berpakaian sari, bapa pula segak dengan kurta dewasa, manakala anak lelaki memilih punjabi dan perempuan manis menggayakan pawadai.


DUA hari lagi merupakan hari kebesaran masyarakat India di Malaysia dan masing-masing pasti sibuk memperagakan pakaian baru. Selain sari, pakaian berkonsepkan Hindustan yang berpotongan moden antara pilihan masyarakat India. Gaya fesyen moden turut mewarnai Deepavali bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.

Jika sari sesuai digayakan untuk majlis tradisi keluarga terutamanya pada pagi hari, pakaian moden pula sesuai dipakai ketika menghadiri rumah terbuka.

Bagi yang masih mencari pakaian yang sesuai untuk Deepavali di saat akhir, koleksi Mydin antara alternatif menarik untuk anda.

Selain sari, pelbagai pilihan pakaian yang berkonsepkan ala Bollywood pasti mencuit perasaan penggemar fesyen .

Pakaian punjabi dan kurti untuk wanita mewarnai perayaan kali ini. Bagi lelaki, mereka segak bergaya dengan kurta potongan tradisional mahupun moden.

Setiap tahun kebanyakan jenama seperti Mydin menyajikan kombinasi barangan bertaraf tinggi fesyen penyatuan budaya India kepada pelanggan-pelanggan Malaysia.

Kesemua pakaian mahupun hiasan dalaman ini didatangkan khas dari India dan menampilkan rekaan pakaian pelbagai fabrik serta hiasan menarik.

Keunikan rekaan punjabi dan kurti misalnya terletak pada hiasan kolar dan lengan baju.

Variasi

Konsep romantik serta kontemporari antara variasi pakaian yang boleh digayakan pada hari Deepavali .

Misalnya, punjabi atau blaus sesuai untuk majlis minum petang atau malam bersama keluarga dan sahabat handai. Bagi yang inginkan sedikit keselesaan, boleh memilih blaus labuh yang dipadankan dengan seluar. Ia tidaklah membataskan pergerakan dan memiliki hiasan ringkas.

Namun begitu, pakaian tradisional India, sari masih di hati masyarakat. Bertepatan dengan pesta cahaya, sari dengan fabrik moden pasti memenuhi cita rasa wanita.

Selain itu, Mydin turut mengetengahkan barangan kemas dari India.

Pelanggan yang mengunjungi Mydin bukan sahaja berpeluang membeli dengan harga berpatutan tetapi dibekalkan dengan saiz pakaian daripada paling kecil hingga paling besar.

Pastinya, jenama ini mempamerkan kehebatan penyatuan budaya India dan lebih menarik apabila ia digabungkan dengan inspirasi budaya klasik perayaan Deepavali itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: