TRIPOLI – Kerajaan sementara Libya akan menyerahkan mayat Muammar Gaddafi kepada saudara-maranya selepas berunding dengan mereka, kata seorang penasihat pemerintah semalam.
“Keputusan telah dibuat untuk menyerahkan mayatnya kepada keluarganya yang besar kerana tiada keluarganya yaang rapat hadir buat masa ini,” kata penasihat itu, Ahmed Jibril.
“Terpulang kepada keluarganya untuk memutuskan di mana Gaddafi akan dikebumikan,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdel Jalil menafikan bahawa mayat Gaddafi telah dirosakkan.
“Secara peribadinya, saya memilih untuk gaddafi terus hidup selepas penangkapannya bagi meletakkan dia di dalam perbicaraan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: