Saturday, October 29, 2011

Laskar Pelangi


Sepuluh watak kanak-kanak dalam filem Laskar Pelangi iaitu Ikal, Lintang, Sahara, Akiong, Kucai, Syahdan, Mahar, Trapani, Flo dan Harun bersama Ibu Muslimah.


KALAU bukan kerana filem Laskar Pelangi, tentunya Pulau Belitung tidak ubah seperti salah sebuah daripada 17,000 pulau di Indonesia yang barangkali hanya dikenali oleh masyarakat setempat.

Namun, nasibnya berubah apabila filem yang mencetuskan fenomena sekitar tahun 2008 dan diterbitkan berdasarkan novel tulisan Andrea Hirata (anak jati Pulau Belitung) itu menjalani penggambaran di pulau berkenaan.

Laskar Pelangi mencetuskan fenomena kerana jalan ceritanya yang mengupas kepayahan 10 anak nelayan gigih menimba ilmu di sebuah sekolah kampung usang di Pulau Belitung, Riau sekitar tahun 1975.

Belitung dalam filem Laskar Pelangi diterjemahkan sebagai sebuah pulau di Sumatera yang terkenal kerana bijih timahnya. Jalan ceritanya pula menampilkan sosok yang cukup murung apabila sebahagian penduduknya relatif miskin.

Mesej yang hendak disampaikan melalui filem itu ialah pentingnya dunia pendidikan sedangkan masyarakat Bintung hidup dibelenggu kemiskinan kerana pekerjaan mereka hanya lah sebagai buruh lombong bijih timah dan petani.

Sebilangan besar daripada penonton filem Laskar Pelangi mengakui, jatuh cinta dengan keindahan yang digambarkan oleh sutradara Riri Reza yang menerajui karya tersebut. Didorong oleh perasaan sama selain mahu membawa momen-momen indah yang sering bermain-main di fikiran mereka yang belum pernah ke sana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: