Wednesday, October 12, 2011

Koleksi Ungu untuk semua usia


Kaftan syifon berhias manik di leher masih menjadi kesukaan ramai wanita.


PAKAIAN yang sedia dipakai sentiasa menjadi pilihan wanita kerana ia lebih mudah dibeli selain pilihan yang pelbagai.

Pilih sahaja yang berkenan dan boleh terus memakainya lebih-lebih lagi jika anda perlu ke sesebuah majlis dan tidak sempat hendak menempah pakaian baru.

Anda tidak perlu pening kepala memikirkan rekaan terkini yang ada kalanya tidak sesuai dengan bentuk tubuh.

Ungu Collection mempunyai pelbagai rekaan fesyen terkini yang sesuai dengan semua golongan usia daripada yang berumur 20-an hingga 50-an.

Mengikuti perkembangan fesyen semasa, Ungu Collection memenuhi cita rasa wanita Terengganu yang suka bergaya namun tidak mahu nampak keterlaluan serta masih mengekalkan kesopanan.

Umpamanya fesyen longgar seperti kaftan, dres panjang atau maksi yang begitu diminati kini sedang menjadi trend di mana-mana begitu juga di negeri ganu kita itu.

Kaftan atau dres panjang yang dihiasi dengan manik-manik mudah menarik perhatian wanita yang ingin nampak bergaya dan cantik.

Jika sebahagiannya setia dengan baju kurung dan jubah namun terdapat juga wanita yang ingin bergaya moden namun masih tetap menutup aurat.

Kepada yang menyukai fesyen longgar boleh memilih pakaian daripada fabrik syifon.

Sementara bagi yang bertubuh langsing boleh menggayakan baju daripada fabrik jersi yang mengikut potongan badan.

Bermacam-macam warna boleh dipilih sama ada warna terang atau warna selamat seperti hitam, kelabu, biru gelap atau merah jambu.

Bagi golongan muda pula, mereka boleh bergaya lebih berani dengan baju kebaya daripada kain kapas bersulam yang boleh dipakai bersama-sama seluar longgar atau skirt labuh.

Dokoh atau kerongsang besar dipin di depan baju supaya nampak lebih eksklusif.

Selain pakaian untuk wanita, Ungu Collection turut menyediakan tudung, selendang, turban terbaru, tas tangan, kasut, aksesori, songket dan batik bagi pelanggan yang terdiri daripada pelbagai golongan.

Ini lebih memudahkan pelanggan kerana mereka tidak perlu ke butik atau kedai lain bagi mencari barangan yang hendak disesuaikan dengan pakaian yang dibeli.

Lebih menarik lagi, harga setiap barangan yang dijual amat berpatutan sekali dan mampu dimiliki.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: