Thursday, October 20, 2011

Jutawan lawat kilang sel stem epal di Buchs



SEJAK usia 19 tahun, bisnes produk kecantikan cukup dekat di hati wanita berkulit cerah dan bersosok sederhana ini. Bagi Zaiton Omar, 50, selain minat yang mendalam terhadap dunia kecantikan, bisnes dalam bidang berkenaan juga banyak membantunya menambah pendapatan.

Walaupun mempunyai pekerjaan tetap, beliau tidak meletakkan dirinya dalam zon selesa. Dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana antara faktor yang mendorong Zaiton berazam untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.

Bapanya hanya bekerja sebagai pemandu manakala ibunya seorang suri rumah.

Cerita Zaiton, kenangan berulang-alik ke tempat kerja dengan menunggang basikal bersama suami, Abdul Rashid Othman, kini 57, masih segar dalam ingatan.

“Basikal itu adalah hadiah pemberian arwah ayah saya ketika zaman sekolah. Ia masih boleh dipakai walaupun selepas saya bekerja dan berkahwin,” kata Zaiton, yang sekarang bergelar nenek kepada seorang cucu.

Daripada berbasikal, pasangan itu mampu membeli motosikal dan kemudian kereta.

Sedar tak sedar, sudah 24 tahun anak sulung daripada empat beradik itu berkhidmat dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah.

Namun, Zaiton belum puas kerana impiannya untuk menjadi jutawan belum tercapai.

Jadi, beliau nekad untuk berhenti kerja dan menyertai bisnes berkonsepkan rangkaian secara sepenuh masa.

“Saya tidak menyesal dengan keputusan tersebut. Untuk berjaya, kita perlu keluar daripada kepompong,” kata Zaiton yang ditemui di K Club, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Menurut wanita pertama yang merintis bisnes sel stem epal itu, langkah pertamanya ialah mendalami selok-belok perniagaan dengan menghadiri kursus berbentuk motivasi diri dan strategi pemasaran.

Beliau juga sanggup berhabis wang membeli buku-buku potensi diri kerana baginya buku adalah guru terbaik.

Bagi wanita ini, peniaga produk kecantikan mesti tampil cantik sesuai dengan produk yang dijualnya.

“Sejujurnya, saya sendiri suka tampil cantik dan mencantikkan orang lain.


SAINTIS makmal sel stem epal Mibelle AG Cosmetics (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada proses penghasilan krim kecantikan sel stem epal kepada Kenny (dari kiri), Mahadir dan Zaiton.


“Apabila kita menjaga penampilan, pelanggan secara tidak langsung yakin dengan produk kita,” katanya.

Pada masa yang sama, Zaiton kembali bertemu kenalan lamanya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Biocareer International Sdn. Bhd. (BCI), Kenny C Y Yang, 42, lebih setahun lalu.

Secara kebetulan, syarikat yang diasaskan Kenny sedang merintis pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan yang menggunakan bahan asas daripada sel stem epal.

“Produk sel stem buah epal yang berasal dari Switzerland itu masih baharu di negara ini. Namun, memilih produk baharu tetapi telah teruji itu merupakan satu strategi yang baik ketika banyak produk kecantikan membanjiri pasaran,” kata Zaiton.

Modal

Antara produk kosmetik keluaran BCI ialah Stem Science Brightening & Firming Moisturizer, Stem Science Nano Gold Mositurizer dan Stem Science Night Cream. BCI juga memasarkan dua minuman kesihatan iaitu Stem Science Nutrifresh Beverage dan Stem Science Nutrifresh Diet Slim.

Kesemua produk tersebut dijual secara pakej iaitu pada harga serendah RM270 untuk dua produk.

Untuk mencari pasaran baharu, Zaiton melakukan promosi dari negeri ke negeri, bertemu kenalan lama dan memberi mereka mencuba produk tersebut secara percuma.

“Saya yakin promosi dari mulut ke mulut adalah cara paling berkesan untuk menjual sesuatu barangan,” ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Zaiton menyertai BCI sejak bulan Ogos tahun lalu. Dalam tempoh itu, semua negeri di Malaysia sudah dijelajahinya malah beliau turut meneroka pasaran di Brunei dan Indonesia.


ROMBONGAN Biocareer International mengunjungi kilang Mibelle AG Cosmetics di Buchs, Switzerland baru-baru ini.


Zaiton memperoleh pendapatan sebanyak RM25,000 pada bulan pertama. Berkat kesungguhannya, beliau mencatat angka jualan bernilai jutaan ringgit dalam tempoh setahun. Apa yang menarik, kejayaan itu hanya bermodalkan wang sebanyak RM1,200.

Promosi

Bagi menghargai sumbangan dan kerja kerasnya, BCI memberikan beliau insentif berbentuk percutian selama lapan hari ke Switzerland baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, Zaiton dan dua lagi jutawan kelahiran BCI, berpeluang melihat sendiri cara-cara memproses sel stem epal di kilang pembekalnya iaitu Mibelle AG Biochemistry, Buchs, satu jam setengah perjalanan dari bandar Zurich.

Dua lagi jutawan sel stem itu ialah Zainun Salleh, 53, dan Mahadir Abdul Hadi, 40. Turut serta dalam lawatan itu ialah Pegawai Perhubungan dan Media BCI, Munir Ghazali dan Penasihat Rangkaian syarikat tersebut, Abdul Rashid Othman.

Di negara Eropah itu, mereka dibawa melawat beberapa lokasi percutian menarik di sekitar bandar Zurich. Peluang menaiki kereta kabel berputar pertama di dunia di Gunung Titlis tidak dilepaskan.

Titlis dengan ketinggian 5,000 meter dari aras laut terletak di Banjaran Urner.

“Selepas melawat kilang dan makmal di Buchs dan melihat bagaimana sel stem epal diproses, saya bertambah yakin dengan produk yang saya jual.

“Ia juga secara tidak langsung menyuntik keazaman saya untuk terus meningkatkan jualan dan menambah pengetahuan saya mengenai produk tersebut,” kata Zaiton yang sekarang sememangnya pengguna produk BCI.

Zaiton yang juga Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) BCI mengakui rezekinya melimpah-ruah selepas menyertai BCI. “Impian saya untuk memiliki rumah sendiri, simpanan, hartanah dan membantu keluarga menjadi kenyataan,” ujarnya.

Zaiton boleh dihubungi di talian 013-452 6803 atau 013-405 8483.


PRODUK kosmetik dan minuman kesihatan berasaskan sel stem epal keluaran BCI semakin mendapat tempat di hati pengguna.


Sementara itu, seorang lagi jutawan, Zainun Salleh tidak menyangka penyertaannya ke dalam BCI pada bulan Ramadan tahun lalu memberi rezeki yang berlipat ganda kepadanya.

Bekas pekerja swasta yang mendapat sokongan daripada suami, Abdul Kadir Mohamad, 63, itu berkata beliau yakin pada kualiti produk yang dipromosikannya selama ini.

“Apatah lagi selepas saya pergi melihat sendiri kilang tersebut di Buchs, Switzerland baru-baru ini,” kata anak kelahiran Ketereh, Kota Bharu, Kelantan itu.

Ibu kepada empat anak yang berpengalaman dalam dunia kecantikan selama tiga dekad itu mengakui sejak menyertai BCI pulangan yang diperoleh amat berbaloi.

Beliau yang puas dengan kehidupannya kini kerana bebas daripada hutang pernah mencatatkan keuntungan sebanyak AS$7,200 (RM21,600) pada bulan pertama menjualnya.

“Bisnes ini memberi pendapatan sampingan, bekerja ikut masa sendiri dan dapat mengenali ramai rakan baharu,” kata beliau.

Pasangan suami isteri Mahadir dan Rose Maree, 34, pula mengakui mereka sangat teruja melancong ke Switzerland baru-baru ini.

“Selain dapat melawat pelbagai lokasi menarik, ia memberi motivasi untuk kami bekerja keras dan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain,’’ ujar Rose Maree.

Rose Maree, lulusan Sarjana Muda Kepujian Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata, pengalaman menyaksikan situasi sebenar di kilang pengeluar sel stem epal berkenaan meningkatkan lagi keyakinannya terhadap produk tersebut.

Meskipun pada peringkat awal beliau ragu-ragu dengan keberkesanannya, namun setelah menggunakannya keyakinan beliau meningkat.

Guru yang menghadapi masalah kulit muka berminyak dan kelembapan tidak seimbang itu mengakui mengalami perubahan ketara pada wajahnya selepas menggunakan Brightening & Firming Moisturizer sejak setahun lalu.

Menyertai BCI lebih setahun lalu, pasangan Mahadir dan Rose Maree pernah mencatat jualan sehingga mencecah RM500,000 dalam tempoh sebulan iaitu melalui produk minuman kesihatan Nutrifresh.

Sementara itu, Mahadir memberitahu, beliau menjadikan orang yang berjaya dalam perniagaan berkonsepkan rangkaian itu sebagai motivasi.

“Visi syarikat BCI jelas manakala produk yang dihasilkan berkualiti. Ia cukup berbaloi asalkan tidak mudah putus asa,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment