PETALING JAYA: Sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan menjadi gamat apabila pasangan pelakon drama Juvana, Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, hadir ke One Utama, di sini, Sabtu.
Kedua-dua pelakon itu mencuri tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya diasak dengan persoalan cinta.
Mereka dilihat tegang dan Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik.
Ketika mendapatkan Izreen, dia akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.
“Saya dan Johan sudah tiada apa-apa hubungan lagi apabila dia tidak mengaku kami bercinta.
“Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini,” kata Izreen dalam satu sidang media di One Utama.
Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.
Izreen difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonksn oleh Fasha dan Johan.
“Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini.
“Saya mahu memohon maaf kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku,” akuinya yang tidak mempunyai masalah untuk membuat sesi fotografi dan berlakon bersama-sama Johan jika ada permintaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: