Monday, October 3, 2011

Bantah projek kediaman elit


SEBAHAGIAN daripada penduduk mengadakan demonstrasi bagi membantah projek perumahan yang dijangka dijalankan di pantai dekat Sungai Nibong, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Penduduk dari enam kawasan perumahan di sini membantah cadangan menambak tanah di pantai Teluk Bayan, Persiaran Bayan Indah, Sungai Nibong di sini bagi tujuan membina sebuah perumahan elit.

Penghuni di Putra Marine Resort, Gold Coast Resort, Bay Garden, Kondominium Bay Star, Villa Emas dan Putra Place itu berhimpun kira-kira pukul 10 pagi bagi menolak projek tersebut.

Mereka yang mewakili kira-kira 10,000 penduduk meluahkan rasa kesal berhubung tindakan kerajaan negeri yang dikatakan dalam perancangan untuk meluluskan projek perumahan berkenaan di belakang kediaman mereka, iaitu kira-kira 1 kilometer dari Pantai Jerejak.

Difahamkan, projek yang bakal dilaksanakan itu akan melibatkan seluruh kawasan pesisiran pantai Teluk Bayan bermula dari Jeti Putra Marine hingga ke pantai Queensbay Mall.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: