BANGKOK - Berjuta-juta penduduk di bandar raya ini bersedia untuk menghadapi banjir besar semalam selepas satu amaran dikeluarkan untuk memindahkan penduduk di beberapa zon bahaya.
"Jika sesuatu menimpa Bangkok, ia akan memberi kesan ke atas seluruh negara.
"Justeru, amatlah penting bagi memberi perhatian kepada Bangkok dalam usaha untuk negara menjadi selamat," kata Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra menerusi televisyen.
Beberapa bahagian di Bangkok ditenggelami air ketika kawasan di utara Thailand masih dilanda banjir.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: