![]() |
| ANNA FARIS dan suami, Chris Patt. |
PELAKON jelita Anna Faris mengakui dia meniduri lima lelaki yang berlainan sebelum akhirnya berkahwin dengan suaminya sekarang ini, aktor Chris Pratt pada tahun 2009.
Jangan silap faham. Apa yang dimaksudkan oleh aktres yang mencipta nama menerusi siri filem Scary Movie itu adalah dia telah menjalinkan hubungan dengan lima lelaki tersebut sepanjang kehidupan bujangnya.
Bercakap pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, What's Your Number? di Los Angeles baru-baru ini, kata Anna: "Saya pernah membuat hubungan (cinta) dengan lima lelaki sahaja sebelum saya berkahwin dengan Chris (Pratt).
Tambahnya: "Umur saya kini 34 tahun! Jumlah itu agak sedikit bukan?"
Menurutnya lagi yang pernah berkahwin dengan aktor Ben Indra, dia mengetahui Chris merupakan pilihan yang tepat untuk menjadi suaminya selepas mereka bersua di set penggambaran filem Take Me Home Tonight pada tahun 2007.
Katanya: "Saya tahu Chris pilihan yang tepat untuk menjadi suami saya sejak kali pertama bersua dengannya. Saya cukup bahagia menjadi isterinya. Dia sangat prihatin tentang diri saya. Sukar mahu bertemu dengan lelaki sepertinya di Los Angeles."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: