Monday, June 27, 2011

Dunia Herbs giat susun strategi



Golongan wanita dan lelaki kini masing-masing mementingkan soal kelangsi-ngan badan demi menjaga keterampilan.

Bagi memastikan personaliti sentiasa anggun dan bergaya, ramai yang sanggup menyediakan bajet bulanan khas untuk mendapatkan produk pelangsingan badan pilihan masing-masing.

Melihat kepada sambutan terhadap produk pelangsingan badan semakin hangat, Dunia Herbs Sales & Marketing (Dunia Herbs), antara syarikat perintis dan pengeluar produk pelangsingan berasaskan pati halia terawal negara menggunakan kaedah sapuan losen kini giat mempelbagaikan produk di bawah jenama tersendiri.

Dunia Herbs Sales & Marketing memulakan operasi pada 6 September 2005 adalah syarikat milik penuh bumiputera. Fokus utama syarikat adalah mengeluarkan serta memasarkan produk kecantikan dan kesihatan berkualiti berasaskan herba.

Syarikat itu mula menunjukkan potensi berdaya saing menerusi pemasaran produk perintis iaitu losen Mustajab Pati Halia yang telah pun mendapat sambutan hangat daripada pengguna di seluruh Malaysia.

Produk losen Mustajab Pati Halia adalah satu-satunya produk pertama keluaran Dunia Herbs. Produk ini sentiasa mendapat sambutan ramai dan laris di pasaran berdasarkan jualan produk yang mencecah 100,000 unit sebulan.

Sambutan hangat pengguna itu, sekali gus merealisasikan visi yang misi syarikat yang berhasrat mewujudkan rangkaian produk berasaskan herba sebagai satu kaedah rawatan alternatif selain menjadi sebuah syarikat korporat ternama dan berjaya di peringkat domestik serta antarabangsa khususnya dalam bidang kecantikan dan kesihatan diri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rushdi Abdullah berkata, ke arah menjadi sebuah syarikat ternama dan disegani Dunia Herbs Sales & Marketing perlu mempunyai hala tuju dan strategi tersendiri dalam memajukan perusahaan ini.

Sebagai komitmen ke arah pencapaian itu, Dunia Herbs bukan sahaja sering memaparkan keistimewaan produk di dalam akhbar mahupun majalah tetapi mewujudkan laman sesawang bagi memudahkan pengguna membeli terus secara dalam talian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: