Monday, June 27, 2011

EFTRA jadi pilihan kontraktor Melayu

EFTRA Marketing Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berhubung pelantikannya sebagai pembekal pilihan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata, pemilihannya sebagai pembekal pilihan persatuan itu akan terus mengukuhkan syarikat sebagai pembekal bahan binaan utama oleh semua pemaju.

Menurutnya, EMSB membekalkan bahan binaan lebih tiga tahun kepada syarikat sekutu, NAZA TTDI serta projek swasta dan awam yang lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: