Wednesday, February 2, 2011

Wang ihsan untuk mangsa banjir - PM


NAJIB memangku bayi berusia 28 hari, Ali Nurazim Mohd. Suhaimi sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (dua dari kanan) ketika melawat mangsa banjir di Segamat semalam.


LABIS - Kerajaan akan memberikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir selepas bencana itu berakhir, namun jumlahnya masih belum putuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wang ihsan itu untuk membantu para penduduk membersihkan kembali rumah mereka dan membeli peralatan-peralatan yang diperlukan.

"Kita ada kadar yang digunakan untuk bantuan-bantuan termasuk kerosakan pertanian dan harta benda, yang mana kita bagi kadar seragam untuk semua mangsa.

"Kadarnya ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN), formulanya sudah ditetapkan, bila sampai masa kita berbincang dengan kerajaan negeri mengenai senarai mangsa yang terlibat," katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Dewan Serbaguna Kampung Air Panas di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: