Tuesday, February 1, 2011
Tiz Zaqyah pilih Remy atau anak VIP?
Aktres Tiz Zaqyah mengakui mengunjungi pusat membeli-belah IKEA baru-baru ini, tetapi menafikan membeli-belah untuk kelengkapan rumah barunya bersama pelakon Remy Ishak sebaliknya membeli barang-barang perhiasan biliknya.
“Ya. Saya memang ke sana, tetapi bukan untuk membeli barang-barang hiasan rumah bersama Remy. Saya ke sana untuk membeli barang-barang perhiasan bilik saya. Saya hairan kenapa orang suka kaitkan yang bukan-bukan tentang diri saya. Padahal saya dan Remy cuma kawan baik.
“Gosip beli rumah dengan Remy dan dakwaan kami tinggal sebumbung adalah tidak benar. Saya masih duduk dengan keluarga saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara.
Tiz turut menolak desas-desus pertunangannya dengan anak VIP, Aizat Fikri dan meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi mengarut seperti ini.
“Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya.
“Saya hairan mengapa orang suka kaitkan saya dengan kontroversi, tetapi saya percaya kebenaran akan terbukti tidak kira sama ada kita salah atau sebaliknya,” katanya tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi.
Tiz pernah dikaitkan dengan kontroversi cuba menggoda Rizal Ashram Ramli (Jejai) ketika bercinta dengan aktres Fasha Sandha.
Tiz ketika diminta mengulas mengenai perpisahan mereka mengakui terkejut dengan berita perpisahan terbabit.
Bagaimanapun, Tiz menegaskan dia enggan mencampuri urusan mereka berdua.
“Tipu kalau saya kata tidak tahu tentang perkara itu sebab ia menjadi perbualan hangat beberapa hari ini. Ketika membaca kisah mereka saya begitu terkejut.
“Tetapi itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak mahu ambil tahu tentang perkara berkenaan. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan dengan mereka,” katanya.
Bercerita tentang wataknya dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia, Tiz menganggap watak guru bernama Asma adalah watak agak berlainan dari drama pernah dilakonkan di bawah arahan pengarah terbabit.
“Drama ini memerlukan saya menjadi guru yang baik dan mencintai lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon lebih kurang seusia dengan saya.
“Saya sangat suka bekerja dengan Khabir dan selalunya tawaran yang ditawarkan kepada saya tiba tepat pada masanya. Boleh dikatakan saya sentiasa mengejar untuk bekerja dengannya dan kami mempunyai keserasian yang baik dalam bekerja.
"Selain itu, Gemilang adalah projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, dan Tujuh Lagu,” katanya kepada Sinar Harian.
Drama Gemilang berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat 70-an itu disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, jam 9 malam di TV3.
Gemilang membariskan pelakon, Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan dan Tasha Shilla.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: