RANTAU PANJANG – Perasmian stesen kabel merentangi Sungai Golok melibatkan Malaysia dan Thailand semalam membantu proses pembangunan dan pengurusan lembangan sungai secara lebih berkesan bagi kedua-dua negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Zoal Azha Yusof berkata, projek usaha sama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Jabatan Pengairan Diraja Thailand itu menelan kos RM900,000.
Menurutnya, pembinaan stesen berkenaan bermula awal tahun 2009 dan siap setahun selepas itu.
Bagaimanapun, ia beroperasi secara rasmi mulai semalam.
“Melalui stesen ini kedua-dua negara memperoleh manfaat dalam berkongsi maklumat mengenai kadar aliran air dan lain-lain. Walaupun ia dilihat sebagai suatu yang kecil namun input yang diperoleh amat berguna,” katanya ketika berucap merasmikan stesen berkenaan di sini semalam.
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Koperasi Thailand, Niwat Sutemechaikul.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: