Thursday, February 3, 2011

Semua kaum boleh berjaya - PM


RAKYAT pelbagai kaum digesa supaya meneruskan tradisi mengunjungi rumah terbuka pada Tahun Baru Cina bagi mengeratkan hubungan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua kaum mempunyai peluang untuk mencipta kejayaan yang diimpikan di bumi Malaysia.

Katanya, apa yang diperlukan adalah perancangan, kerja keras dan disiplin.

Dalam perutusan beliau sempena perayaan Tahun Baru Cina, Najib mengajak masyarakat Cina untuk terus bersama-sama berganding bahu bagi membina masa depan yang lebih baik untuk keluarga dan anak-anak.

Perdana Menteri berkata, walaupun kerajaan tidak boleh memastikan kejayaan setiap individu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan ekosistem terbaik bagi membolehkan setiap potensi dioptimumkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: