Wednesday, February 23, 2011

Rumah mampu milik untuk tentera


GHAZALI menunjukkan rumah contoh yang akan dibangunkan bersama KPAT di seluruh negara tidak lama lagi.


KUALA LUMPUR - AP Land Developement Sdn. Bhd. (AP Land) dengan kerjasama Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPAT) telah melancarkan Skim Perumahan Angkatan Tentera 1Malaysia dengan matlamat untuk membina kira-kira 20,000 rumah bagi warga tentera dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek mega bernilai RM3 bilion yang akan diadakan di seluruh negara itu bakal menawarkan empat jenis rumah iaitu Sri Petanda (rumah berkembar setingkat) manakala Sri Satria, Sri Bintara dan Sri Perwira merupakan banglo setingkat.

Harga yang ditawarkan cukup kompetitif iaitu di antara RM96,000 sehingga RM195,000 seunit.

Pengarah Projek AP Land, Ghazali Mohamad berkata, projek ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam memastikan setiap anggota tentera memiliki rumah masing-masing khususnya selepas mereka bersara.

Menurutnya, projek perumahan ini akan menekankan konsep perumahan secara kampung tersusun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: