HASTINGS, Britain – Sebuah rumah banglo tepi pantai dijual pada harga yang terlalu murah kerana kediaman itu berada bersebelahan dengan pencawang elektrik, lapor sebuah akhbar semalam.
Lima kabel elektrik melintasi bumbung rumah berkenaan yang terletak di sini, England.
Rumah itu dijual pada harga £99,950 (RM488,779) walaupun harga sebenar rumah banglo itu di pasaran ialah £250,000 (RM759,000).
Rumah itu terletak berhampiran pusat bandar, stesen kereta api dan sekolah selain dilengkapi sistem pemanasan serta pemandangan yang indah di tepi pantai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: