Wednesday, February 23, 2011

Perkhidmatan Percuma Astro Di Wad Pediatrik

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Liow Tiong Lai dan Ketua Operasi Astro, Henry Tan meraikan penghuni wad pediatrik.

KUALA LUMPUR: Saluran televisyen berbayar Astro menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada wad pediatrik (wad kanak-kanak) di hospital seluruh negara.

Pusat Kesihatan Malaysia di seluruh negara berpeluang untuk menonton 15 saluran terpilih melalui pakej Kampus secara percuma buat penghuni wad pediatrik di 56 buah hospital yang dikenal pasti oleh pihak tersebut.

Ketua Operasi Astro, Henry Tan berkata inisiatif ini mampu untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang memberangsangkan kepada kanak-kanak melalui program pembelajaran sepanjang hayat.

“Pakej ini menyajikan pelbagai saluran seperti Disney, National Geographic, Discovery, Discovery Science, Animal Planet, History serta saluran-saluran tempatan berjenama Astro yang lain seperti Astro TVIQ, Astro Tutor TV, Astro Xiao Tai Yang, Astro Ceria termasuk saluran berita seperti Astro Awani dan saluran sukan tempatan; Astro Arena.

“Bagi menjayakan inisiatif ini, pihak Astro akan juga memenuhi tanggungjawab sosialkorporatnya dan komited untuk menyediakan sistem serba baru yang merangkumi sebuahset dekoder media B.Yond, kad pintar, unit luar (ceper) dan alat kawalan jauh termasukpemasangan pada mana–mana bahagian di dalam wad pediatrik.

"Ia seperti di bilik menunggu, bilik bacaan mahupun bilik aktiviti hospital-hospital yang berdaftar seluruh negara,” katanya.

Selain itu, usaha ini dilengkapkan lagi dengan pakej pembelajaran Kampus Astro yang didatangkan secara percuma dan usaha ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Kesihatan serta pihak hospital yang terlibat.

Majlis pelancaran yang diadakan di wad pediatrik, Hospital Serdang itu telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Liow Tiong Lai pada Isnin lalu.

Tambah Henry, Astro Kasih merupakan sebuah program sukarelawan untuk kakitangan Astro, dan pihak Astro terus memainkan peranan utama sebagai sumber pembelajaran sepanjang hayat yang berterusan.

Semenjak ia dilancarkan pada 1 Ogos 2009, lebih 3,000 orang kakitangan Astro telahmelibatkan diri dalam hampir 400 aktiviti komuniti serta kegiatan masyarakat pada setiap hujung minggu.

Sementara itu, sehingga bulan Disember 2010, hampir 10,000 buah sekolah telah menerima perkhidmatan pakej Kampus Astro dan angka ini dijangka bertambahpada tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: