Thursday, February 24, 2011

Penjual barang kemas lawan perompak


KEDUA-DUA perompak itu kemudian bertindak melarikan diri ekoran tindakan Chris Hopper.


PETERBOROUGH, Britain - Seorang penjual barang kemas, Chris Hopper bertindak dengan berani apabila dia menghumban seorang perompak ke arah seorang lagi perompak yang mengacukan sepucuk pistol ke kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa kejadian, seorang perompak yang dihumbannya itu berdiri dekat dengan dirinya.

Sebelum dihumban, perompak itu mengambil sejumlah barang kemas di kedai itu.

Tindakan Chris itu menyebabkan kedua-dua perompak bergegas keluar dari kedai barang kemasnya di sini dan melarikan diri pada Jumaat lalu.

Polis kini memburu kedua-dua perompak itu selepas wajah mereka dirakamkan menerusi kamera litar tertutup di kedai berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: