PELABUHAN KLANG - Cubaan 24 rakyat Indonesia termasuk tiga wanita untuk keluar masuk ke negara ini secara haram gagal apabila dua buah bot yang dinaiki mereka ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) di perairan laut berdekatan Sungai Haji Dorani, Sungai Besar dekat sini semalam.
Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia di antara 18 dan 35 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi ketika proses pemindahan penumpang sedang giat dijalankan antara bot pom-pom dengan bot sampan.
Difahamkan, 16 daripada 24 PATI itu ingin pulang ke negara asal. Mereka dibawa dengan sampan ke tengah laut untuk dipindahkan ke bot pom-pom yang membawa lapan penumpang yang mahu masuk ke negara ini.
Turut ditahan tiga tekong Indonesia termasuk seorang tekong darat.
Pegawai Pemerintah PGM Pelabuhan Klang, Deputi Supritendan Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan dilakukan ketika mereka sedang leka memindahkan PATI.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: