Monday, February 21, 2011

Pembinaan kuarters baru PGA disegerakan


HUSSIN (tengah) melawat kuarters Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Chepa yang terbakar semalam.


KOTA BHARU – Pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kontraktor menyiapkan segera pembinaan kuarters baru Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini memandangkan kuarters lama terlalu uzur dan berisiko tinggi sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail berkata, pihaknya berharap dapat memindahkan 77 buah keluarga yang masih tinggal di kuarters lama itu secara berperingkat-peringkat dalam tahun ini.

Kesemua 16 mangsa kebakaran telah ditempatkan di kuarters itu biarpun belum siap sepenuhnya.

Beliau menjelaskan, ada di antara 168 unit kuarters itu telah siap manakala selebihnya dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum berakhir tahun ini.

“Sememangnya kita berusaha mempercepatkan pemindahan anggota ke kuarters baru, setiap unit yang siap akan terus diisi oleh anggota terbabit secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melawat kuarters yang terbakar di Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: