Friday, February 4, 2011

Peluang jadi bintang Carefree


STANFORD (kiri) bersama Scha dan Pengurus Jenama Kumpulan Penjagaan Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson, Linah Lim ketika majlis pelancaran peraduan Gadis Carefree Bebaskan Bakatmu baru-baru ini.


ANDA ingin menjadi pelakon tetapi tiada peluang? Kini impian anda akan tercapai jika anda merebut peluang keemasan menjadi bintang bersama Carefree.

Wanita muda yang bakal dicari itu berpeluang berlakon bersama-sama selebriti terkenal yang juga duta Carefree iaitu Scha Alyahya dalam siri drama TV baru yang akan disiarkan pada bulan Jun tahun ini.

Peraduan Gadis Carefree Bebaskan Bakatmu yang dilancarkan 18 Januari lalu dengan kehadiran Scha memperkenalkan lambang dan logo pencarian pelakon gandingannya.

Ia boleh dikatakan sebagai jalan pintas bagi wanita muda yang ingin menjadi bintang dalam masa singkat.

“Oleh itu, saya menyeru wanita Malaysia berusia antara 18 hingga 35 tahun menyertai sesi uji bakat yang akan diadakan di seluruh negara bermula akhir Februari ini,” katanya yang hadir pada sidang akhbar mengenai peraduan tersebut di Fullhouse, pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara, Selangor.

Selain mendapat populariti sekelip mata, Gadis Carefree juga bakal memenangi wang tunai RM10,000 serta produk Carefree.

“Carefree sememangnya komited untuk memenuhi keperluan wanita untuk berasa segar sentiasa setiap hari supaya mereka boleh meluahkan ekspresi dengan bebas.

“Idea mengadakan pencarian Gadis Carefree Bebaskan Bakatmu diperoleh untuk mencari seorang gadis istimewa yang mempunyai perwatakan Carefree yang penuh semangat dan berkeyakinan,” kata Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Stanford Guo.

Drama TV tersebut menceritakan mengenai dua wanita muda yang berusaha bersungguh-sungguh mengejar impian mereka untuk menjadi pereka fesyen dan penyanyi.

Selain Scha, pemenang pencarian bintang Carefree berpeluang berlakon dengan Marsha Londoh dan Awal Ashaari.

“Pencarian bermula dengan pusingan kelayakan untuk menjadi finalis melalui sesi uji bakat di seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac diikuti dengan peringkat akhir di Kuala Lumpur pada bulan April,” ujarnya.

Tambah beliau, pemenang akan terus menerima latihan untuk watak yang bakal dilakonkan sebelum memulakan penggambaran dalam produksi drama yang ditayangkan di Astro Ria.


GADIS yang bercita-cita bergelar bintang popular boleh menjadikan peraduan Gadis Carefree Bebaskan Bakatmu sebagai satu platform.


Sesi uji bakat di seluruh negara untuk pencarian Gadis Carefree Bebaskan Bakatmu akan diadakan di empat buah cawangan pasar raya besar Giant bermula di Giant Plentong, Johor pada 26 dan 27 Februari.

Ia diikuti dengan Giant City Mall, Kota Kinabalu dan Giant Bayan Baru Butterworth, Pulau Pinang masing-masing pada 5 dan 6 Mac serta 12 dan 13.

Lokasi terakhir pula di Giant Bandar Kinrara pada 19 dan 20 Mac.

Dalam sesi uji bakat, peserta akan ditanya mengenai latar belakang mereka selain meneliti personaliti, kemahiran komunikasi dan kecerdasan mereka.

Hanya peserta yang terpilih akan melalui bahagian kedua uji bakat yang bakal menguji pengetahuan mereka mengenai produk Carefree, bakat-bakat lakonan dan pementasan.

Sesi uji bakat dan peringkat akhir pula akan diadili oleh para profesional daripada industri hiburan, malah Scha sendiri menjadi hos.

Permohonan dalam talian dibuka pada 1 Februari dan setiap sesi uji bakat ditutup pada hari uji bakat diadakan. Semua maklumat mengenai permohonan dan uji bakat boleh didapati di www.facebook.com/mycarefree.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: