Friday, February 4, 2011

Orang Utan BMLR dilepas ke hutan


TIGA daripada Orang Utan yang dipelihara di BMLR ini akan dilepaskan di Pulau BJ untuk hidup berdikari tidak lama lagi.


BUKIT MERAH – Tiga ekor Orang Utan yang dipelihara di Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini akan dipindahkan ke sebuah pulau bersebelahan yang dikenali sebagai Pulau BJ dan bakal hidup berdikari mulai 15 Februari ini.

Pemindahan tiga ekor Orang Utan ke Pulau BJ itu merupakan fasa keenam daripada tujuh fasa dalam pelan pemeliharaan spesies unik itu yang dimulakan sejak tahun 2000 lalu.

Pengerusi Eksekutif MK Land, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, pemindahan Orang Utan jantan, Aling, 17, dan Orang Utan betina, Sonia, 8, serta Nicky, 23, diharap dapat memberi maklumat terperinci mengenai kemampuan spesies terbabit berdikari dengan pengawasan yang sangat minimum.

“Kita telah berjaya membiak dan memelihara Orang Utan sejak 10 tahun lepas namun, kita mahu mengetahui sama ada spesies ini boleh dilepaskan sepenuhnya ke dalam hutan semula jadi.

“Jika ia berjaya, kita berharap kerajaan dapat mempertimbangkan Orang Utan terbabit supaya ditempatkan di hutan-hutan simpan di seluruh Semenanjung bagi tujuan pemeliharaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: