Tuesday, February 15, 2011

Malam Penghargaan Media TV3 Meriah!

Mungkin belum terlewat untuk kita menyambut kedatangan tahun baru, lebih-lebih lagi 2011 baru sahaja menjengah bulan yang kedua.
Sempena kedatangan 2011, stesen tv paling popular Tv3, dengan usaha gigih bahagian korparat, perhubungan awam dan event, telah mengaturkan satu makan malam bersama pihak media.
Majlis yang diberi nama Malam Penghargaan Media ini telah diadakan di Hotel Doubletree Hilton, Kuala Lumpur ini dihadiri oleh lebih 60 orang wartawan dan jurugambar.
Majlis yang bertujuan untuk menghargai kerjasama yang telah rakan-rakan media berikan ini juga sebenarnya bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim yang sememangnya telah utuh diantara pihak wartawan dan pengurusan tv3.
Majlis makan malam ini dihidangkan dengan pelbagai makanan menarik dari tiga budaya iaitu Melayu, Cina dan India dan yang lebih menarik lagi, acara Ying Sang turut dilaksanakan oleh para editor akhbar dan majalah untuk meraikan Tahun Baru Cina yang baru berlangsung minggu lalu.
Semoga hubungan yang terjalin antara para wartawan dan pihak tv3 akan lebih akrab dan mampu bekerjasama dengan baik untuk menaikkan industri hiburan tanah air.
Kami di Mangga Online juga mengucapkan terima kasih atas undangan ini, terutama kepada Che Mad Aziz, Irma 'Mommeh', Chai Yin, Kak Ana, Ammar, Firdaus dan Adi yang banyak memberikan kerjasama kepada kami.

Mungkin belum terlewat untuk kita menyambut kedatangan tahun baru, lebih-lebih lagi 2011 baru sahaja menjengah bulan yang kedua.

Sempena kedatangan 2011, stesen tv paling popular Tv3, dengan usaha gigih bahagian komunikasi korparat, perhubungan awam dan event, telah mengaturkan satu makan malam bersama pihak media.

Bahagian Komunikasi Korporat yang banyak berurusan dengan media

Majlis yang diberi nama Malam Penghargaan Media ini telah diadakan di Hotel Doubletree Hilton, Kuala Lumpur ini dihadiri oleh lebih 60 orang wartawan dan jurugambar.

Majlis yang bertujuan untuk menghargai kerjasama yang telah rakan-rakan media berikan ini juga sebenarnya bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim yang sememangnya telah utuh diantara pihak wartawan dan pengurusan tv3.

Majlis makan malam ini dihidangkan dengan pelbagai makanan menarik dari tiga budaya iaitu Melayu, Cina dan India dan yang lebih menarik lagi, acara Ying Sang turut dilaksanakan oleh para editor akhbar dan majalah untuk meraikan Tahun Baru Cina yang baru berlangsung minggu lalu.

Semoga hubungan yang terjalin antara para wartawan dan pihak tv3 akan lebih akrab dan mampu bekerjasama dengan baik untuk menaikkan industri hiburan tanah air.

Kami di Mangga Online juga mengucapkan terima kasih atas undangan ini, terutama kepada Che Mad Aziz, Irma 'Mommeh', Chai Yin, Kak Ana, Ammar, Firdaus dan Adi yang banyak memberikan kerjasama kepada kami.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: