|
|
LONDON - Komposer Britain, John Barry yang bertanggungjawab menghasilkan runut bunyi untuk filem-filem James Bond meninggal dunia pada usia 77 tahun kelmarin.
Sepanjang hidupnya, komposer berkenaan memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk lima Anugerah Academy atau Oscar selain empat anugerah Grammy.
"Dengan amat sedih, keluarga komposer John Barry mengumumkan pemergiannya pada 30 Januari 2011 di New York," jelas keluarganya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh studio penerbitan filem James Bond, EON Productions.
Satu majlis pengebumian tertutup akan diadakan selain satu majlis peringatan bakal berlangsung di Britain dala masa terdekat.
Punca kematiannya tidak didedahkan tetapi Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan beliau mati akibat serangan jantung.
Barry menghasilkan muzik untuk 11 buah filem James Bond, bermula dengan filem From Russia With Love pada tahun 1963.
Menurut studio EON, khidmat Barry juga diminta untuk menyusun muzik untuk filem Dr. No.
Menerima latihan sebagai pemain piano klasik, beliau kemudian mengubah minatnya kepada muzik jaz dan belajar bermain trumpet.
Beliau memenangi Anugerah Academy untuk filem Dances With Wolves, Out of Africa, The Lion in Winter dan dua anugerah bagi filem Born Free.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: