
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) masih gagal memenuhi janji perkhidmatan yang baik kepada pengguna biarpun sudah lebih tujuh tahun beroperasi.
Sasaran piagam RapidKL yang menjanjikan masa yang menjimatkan, perjalanan selesa dan tambang yang berpatutan itu masih belum tercapai walaupun pelanggan semakin meningkat setiap tahun.
Berdasarkan sepucuk surat seorang pembaca yang diterima baru-baru ini, wartawan Kosmo! meninjau sendiri masalah itu dan dapat merasai betapa peritnya menunggu bas RapidKL di sekitar ibu kota.
Tinjauan selama dua jam di beberapa perhentian utama perkhidmatan bas tersebut seperti di Perhentian Bas Bangkok Bank, Pasar Seni, Jalan Leboh Pasar dan Jalan Perak di sini mendapati rata-rata pengguna mahu supaya RapidKL lebih serius meningkatkan mutu perkhidmatan.
Seorang penumpang RapidKL, Syamsiah Hani Hussin, 28, berkata, dia sering terlewat ke tempat kerja gara-gara bas RapidKL yang tidak mengikut jadual.
"Bayangkan tiap-tiap pagi, saya menunggu sejak pukul 7 pagi lagi di Perhentian Bas Bangkok Bank di sini, tetapi belum tentu boleh naik bas dengan cepat kerana penumpang terlampau ramai sehingga terpaksa berasak-asak kerana masing-masing tidak mahu terlewat ke tempat kerja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: