Thursday, February 10, 2011

Ketua polis nyaris lemas gara-gara banjir


MOHD. Mokhtar (dua dari kiri) diselamatkan beberapa anggota polis selepas kereta yang dinaikinya masuk ke dalam parit di Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya tergelincir ke dalam parit di kawasan banjir di Kampung Parit Basri, Sri Medan di sini semalam.

Turut bersamanya dalam kenderaan terbabit ialah Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris.

Pada masa kejadian, Mohd. Mokhtar dalam perjalanan untuk melawat kawasan banjir dan turut disertai oleh beberapa wakil media.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd. Mokhtar berkata, ketika melalui kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang tiba-tiba kenderaan tersebut seperti masuk ke dalam lubang yang sebenarnya adalah parit.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu sukar membezakan antara jalan dan parit di kawasan berkenaan kerana kawasan itu dilitupi air.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: