PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli menganggap sikap terlalu bermurah hati merupakan kelemahannya apabila sering menerima tawaran berlakon dengan harga yang agak "ciput" atau rendah.
Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk bernaung di bawah pengurusan MIG Production adalah bagi memudahkan urusan tawar menawar dengan sesebuah produksi.
“Saya memang bermasalah dengan urusan tawar menawar dan meletakkan harga. Selalunya saya agak bermurah hati dengan menurut sahaja permintaan sesebuah syarikat produksi yang mahu menawarkan saya dengan harga rendah untuk berlakon dengan produksi mereka.
“Walhal saya tahu ia boleh jadi dua kali ganda lebih tinggi dari harga yang mereka minta itu,” ujarnya.
Selain itu menurut Kamal, segala urusan kerjayanya kini lebih terurus di bawah pengurusan baru itu.
“Sebab itu saya memilih untuk bersama MIG Production dan segalah hal tawar menawar serta jadual-jadual kerja mereka akan uruskan,” ujarnya yang menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama MIG Production bermula hujung tahun lalu.
Dalam pada itu, bercerita tentang cinta, Kamal akui belum mempunyai sebarang rancangan untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya Intan Ladyana.
“Buat masa sekarang kami lebih selesa sebagai pasangan kekasih dan belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan saya lihat Intan sudah semakin mencintai bidang lakonan berbanding dahulu,” katanya.
Jelas Kamal lagi, mereka masih belum bertemu keluarga kedua-dua pihak sepanjang menjadi pasangan kekasih.
“Insya-Allah suatu hari jika semuanya sudah bersedia dan kewangan sudah stabil barulah kami fikir untuk ke fasa seterusnya,” katanya yang sibuk dengan penggambaran filem terbaru berjudul Pe3 bersama Farid Kamil.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: