KAHERAH - Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang kini berdepan protes daripada rakyat yang menuntut pengundurannya semalam menerima kunjungan Menteri Luar Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed al-Nahayan.
Pertemuan itu merupakan kunjungan luar negara pertama yang diterima Hosni sejak Mesir dilanda pergolakan yang mendesak beliau meletakkan jawatan.
Hosni menerima kunjungan Sheikh Abdullah yang merupakan saudara lelaki pemerintah UAE sekarang, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahayan di Istana Presiden di sini.
Sebelum kunjungan itu, kerajaan UAE mengeluarkan kenyataan mengecam 'percubaan kuasa luar untuk campur tangan dalam hal dalaman Mesir'.
Kecaman itu disifatkan oleh ramai pemerhati politik ditujukan kepada Iran yang dianggap para pemerintah Arab sebagai cuba menggugat kestabilan di negara mereka. Sejak dua minggu lalu, protes besar-besaran diadakan di Kaherah dengan penunjuk perasaan menawan Dataran Tahrir di pusat bandar bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan bagi membolehkan reformasi ke arah demokrasi dimulakan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: