![]() |
| Kejelitaan Haruka Ayase dicemburui wanita. |
TREND menampilkan selebriti terkenal sebagai duta produk semakin menjadi kelaziman sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Terbaru jenama penjagaan wajah terkenal, SK-II memperkenalkan duta terbarunya iaitu pelakon popular Jepun, Haruka Ayase,
sekali gus menyertai senarai selebriti sebelum ini iaitu, Cate Blanchett, Qiqi dan Lee Sinje bagi memberi inspirasi kepada wanita seluruh dunia tentang bagaimana mendapatkan wajah yang cantik, bersih dan berseri bak kristal.
Wajah baru bagi produk SK-II Facial Treatment Essence itu mula memenuhi dada-dada iklan di media cetak dan elektronik seluruh Asia Tenggara.
Pemilihan Ayase, 25, dikatakan seiring dengan popularitinya yang mencetuskan fenomena di Jepun sejak pembabitan kali pertama beliau dalam industri hiburan pada 2000.
Setakat ini beliau telah memenangi lebih 14 anugerah yang mengiktiraf bakat lakonannya.
Beliau segi kecantikan, Ayase dicemburui wanita kerana kemulusan kulit wajahnya.
Pada majlis pengenalan beliau sebagai duta baru yang berlangsung di Singapura baru-baru ini, Ayase membuat kemunculan istimewa di hadapan lebih 100 wartawan dengan wajah polos hampir tanpa solekan langsung.
Berkongsi pengalaman dalam penggunaan SK-II, Ayase mengakui beliau mulanya teragak-agak menggunakan sebarang produk penjagaan wajah pada usia muda tetapi berubah fikiran selepas menggunakan Facial Treatment Essence.
“Wanita di Jepun percaya bahawa menggunakan produk penjagaan kulit yang keterlaluan pada usia muda boleh menyebabkan kulit hilang seri.
“Disebabkan itu saya hanya menggunakan Facial Treatment Essence sekali-sekala atau ketika menghadapi masalah kulit,
“Tetapi dua tahun lalu saya merasakan kulit saya seakan-akan merkah. Saya mengambil langkah segera dan mula menggunakan Facial Treatment Essence sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit wajah saya.
“Dari sehari ke sehari saya mula nampak perubahannya di mana kulit wajah semakin licin, halus dan bercahaya bagaikan kristal,” katanya.
Sementara itu Naib Presiden P&G ASEAN, Samuel Kim berkata, pemilihan Ayase merupakan seiring dengan falsafah jenama tersebut yang mengutamakan kesempurnaan.
“Ayase mempunyai banyak kualiti yang membuatkan beliau duta muda paling sesuai. Antaranya sifatnya yang sentiasa bersemangat dan berkerja keras untuk mencari kesempurnaan serta kepercayaannya terhadap SK-II,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: