
KUALA TERENGGANU – Deposit lesap, rumah yang diidamkan juga terlepas.
Itulah dilema yang dialami seorang suri rumah dan seorang kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini apabila bank enggan meluluskan permohonan mereka untuk pinjaman membeli rumah.
Lebih malang lagi, mereka juga kehilangan deposit berjumlah RM15,000 yang tidak dikembalikan.
Bagaimanapun, mereka menarik nafas lega apabila sebahagian besar wang deposit dikembalikan selepas kes didengar oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam.
Kes pertama melibatkan tuntutan wang deposit berjumlah RM10,000 untuk membeli sebuah banglo di Kuala Berang, Hulu Terengganu yang dibina oleh syarikat perumahan Arah Jitu Properties Sdn. Bhd.
Banglo tersebut dibeli oleh Mohd. Hafiz Sulaiman, 24, tetapi dalam tuntutan tersebut, beliau diwakili ibunya, Normayati Abdullah, 46.
Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Maznah Haron mengarahkan syarikat itu membayar semula kepada Mohd. Hafiz sebanyak RM8,925 selepas ditolak yuran guaman berjumlah RM1,075.
Sementara itu, kes kedua pula melibatkan tuntutan deposit RM5,000 untuk sebuah rumah projek Perumahan Padang Setenga, Kuala Berang pada tahun 2009.
Kes tersebut melibatkan Rosliza Alias, 34, yang membeli rumah tersebut yang dibina oleh SE Purnama Development Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: