LABIS – Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan dan keperluan lain adalah mencukupi untuk mangsa-mangsa banjir di negeri Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan yang ketika ini membabitkan sebanyak 60,389 mangsa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 13,820 keluarga terbabit dalam bencana itu dan pihaknya telah menggerakkan sepenuhnya jentera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyalurkan bantuan.
“Kami beri jaminan bekalan makanan serta keperluan lain untuk semua mangsa banjir ini adalah mencukupi dan kami akan pantau secara berterusan.
“Kementerian juga telah bersedia menghadapi banjir termasuk jika ia berlarutan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Agama Labis di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: