LOS ANGELES: Aktor Ashton Kutcher kesal apabila kehadirannya yang duduk berdekatan dengan George W.Bush tidak disenangi oleh bekas Presiden Amerika Syarikat itu.
Kutcher yang turut hadir menyaksikan perlawanan Super Bowl minggu lalu memberitahu bahawa raut wajah Bush tidak begitu senang apabila melihat dia duduk di belakangnya.
Ketika ditemu ramah stesen penyiaran BBC Radio 1, Kutcher meluahkan rasa kesalnya itu dan menganggap bekas orang nombor satu Amerika Syarikat tersebut tidak menyukainya.
“Saya fikir dia tidak begitu suka dengan saya. Dia tidak menegur atau senyum kepada saya. Saya rasa seperti dipandang sebelah mata sahaja. Saya beranggapan ini ada kaitan dengan kenyataan saya ketika pemilihan presiden lalu," katanya.
Pada pilihan raya tahun 2004, Kutcher pernah menjadi orang kuat parti pembangkang dari Parti Demokrat yang menentang George W.Bush.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: