Wednesday, January 12, 2011

Wajah-wajah SimplySiti

15 tahun mendambakan diri dalam dunia hiburan, pemilik nama lengkap Siti Nurhaliza Taruddin ini tidak pernah sekalipun merungut mahupun mengeluh biarpun terpaksa bergelut dengan pelbagai gosip dan kerenah manusia yang tidak pernah senang dengan kejayaannya selama ini.

Berjaya meletakkan namanya di kelas yang tersendiri, Datuk Siti Nurhaliza sememangnya seorang penyanyi yang versatil dan sangat dihormati oleh semua pihak.

Siti yang menyambut hari lahirnya yang ke-29 hari ini berharap dapat mengecapi kebahagiaan yang berpanjangan bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

"Saya juga berharap karier saya akan terus cemerlang selain dapat melihat beberapa perancangan yang telah diatur menjadi kenyataan. Sudah pasti saya juga mengharapkan dikurniakan cahaya mata agar menjadi pelengkap kepada keluarga saya dan suami.

"Untuk tahun ini, Kami masih belum sempat pergi membeli hadiah, disebabkan saya terlalu sibuk dengan Anugerah Juara Lagu yang lalu dan menjadi pengacara untuk program sendiri, saya tidak ada masa untuk memikirkan soal hadiah, tapi mungkin selepas ini (selepas majlis) saya dan Datuk K akan pergi mencari hadiah.

"Mengenai hadiah pula, saya masih belum terfikir lagi apa yang saya mahukan, tapi kalau boleh saya mahu sebuah komputer Apple Macbook Pro,"jelas Siti ringkas.

Wajah-wajah SimplySiti

Biarpun masih berteka-teki dengan hadiah istimewa yang bakal di perolehi daripada suami tercinta, Datuk Mohd Khalid Jiwa sempena ulang tahun kelahirannya ini, Siti Nurhaliza bagaimanapun melahir rasa gembiranya apabila produk SimplySitinya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan biarpun ia masih dalam peringkat permulaan.

Malah bersempena tahun 2011 ini juga, Siti memulakan kempen bersama produknya, yang dinamakan 'Wajah-wajah Simplysiti'.

"Kami menjemput semua pengguna SimplySiti sama ada lelaki ataupun wanita tampil untuk menyertai kempen kami ini, dan ia terbuka untuk semua yang menggunakan produk SimplySiti yang bernilai lebih daripada RM80 ke atas.

"Dan melalui kempen ini juga, kami akan memilih antara mereka untuk dijadikan jurucakap produk SimplySiti ini,"jelas Siti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: