Tune Hotels melengkapkan portfolionya di rantau negara ini dengan membuka cawangan ke-12 di Kota Bharu, Kelantan, Ahad lalu.
Pembukaan hotel itu dibuat dalam masa tiga minggu selepas pembukaan cawangan di Bintulu, Sarawak pada 3 Januari lalu.
Tune Hotels di Kota Bharu menyediakan 173 bilik dipercayai tempat strategik pelancong dan pengunjung datang kerana berhampiran KB Mall di bandar Kota Bharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester berkata, rangka kerja Tune Hotels selesai dengan pembukaan cawangannya di pusat bandar Utara, Selatan, Timur dan Barat negara.
“Pembukaan Tune Hotels Kota Bharu adalah pengiktirafan menunjukkan pentingnya Kota Bharu sebagai destinasi percutian dan pelancongan dengan perluasan dagangan dan sektor perniagaan.
“Kami bangga menjadi jenama pertama Malaysia memaklumkan pembukaan ini di akaun Facebook (Tune Hotels),” katanya.
Tune Hotels Kota Bharu usaha sama syarikat hartanah HLK Group untuk membangunkan hotel terbabit.
Terdahulu, Tune Hotels mengumumkan pemansuhan yuran pentadbiran untuk tempahan bilik di semua cawangannya seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: