KUALA TERENGGANU - Tiga warga Peru dihukum penjara 18 bulan selepas mereka mengaku salah menepuk bahu seorang mangsa untuk menukar kad pengeluaran wang tunai automatik (ATM) di Besut pada 19 September tahun lalu.
Tertuduh, Sosaya Carrasco Jose Wilfredo, 58, Nicanor Edgar Areche Aquipa, 45, dan Henry Fernando Carrascal Carlin, 45, bagaimanapun tenang ketika keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, M. Bakri Abd. Majid.
Mengikut fakta kes yang dibacakan dalam bahasa Sepanyol oleh jurubahasa, ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan itu di Maybank, Jerteh, Besut.
Mereka melakukan perbuatan tersebut pada pukul 11.45 pagi dengan menepuk bahu seorang mangsa sambil menunjukkan wang kertas bertaburan di atas lantai sebelum menukar kad ATM mangsa dengan kad lain ketika mangsa tunduk.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: