|
|
SEREMBAN – Laman web YouTube yang membolehkan pengguna Internet berkongsi menonton video atau filem kini disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah pecah rumah.
Perkara tersebut terbongkar apabila polis menahan tiga lelaki termasuk dalang kumpulan pecah rumah bergelar Geng Banchik di Taman Marinda Senawang di sini baru-baru ini.
Kumpulan tersebut yang aktif sejak Oktober tahun lalu dikatakan mempelajari cara untuk melakukan kegiatan pecah rumah melalui rakaman video di laman web tersebut.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketiga-tiga suspek berusia di antara 23 dan 34 tahun termasuk ketuanya, Banchik, ditahan secara berasingan sejak 30 Disember lalu.
“Pada mulanya, kita menahan seorang lelaki yang merupakan ketua kumpulan berusia 20-an ketika dia cuba memecah masuk sebuah rumah di kawasan Taman Marinda Senawang.
“Susulan itu, kita menahan pula dua rakannya di sekitar Seremban. Mereka selalu melakukan pecah rumah pada siang hari sebagai modus operandi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: