Friday, January 21, 2011

Tak guna artis kurangkan tekanan


AHMAD ZAHID (tengah) diapit oleh Zulkifeli (kiri) dan Mohd. Sidek (kanan) di Pangkalan Udara Subang semalam.


SUBANG - Kementerian Pertahanan tidak bercadang untuk menghantar artis-artis tanah air untuk mengurangkan tekanan anggota tentera Malaysia yang bertugas di luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun beliau menyedari pendekatan menggunakan artis-artis dilakukan oleh negara-negara tertentu terutama dari barat namun kementerian itu tidak bercadang untuk mengikuti langkah tersebut.

Menurut beliau, pihaknya mempunyai pendekatan tersendiri untuk membantu anggotanya mengatasi tekanan ketika bertugas di seberang laut berbanding dihiburkan artis tempatan.

"Antara pendekatan itu termasuklah menganjurkan pertandingan seni mempertahankan diri sesama anggota, aktiviti keagamaan dan ilmiah serta sesi nyanyian karaoke ketika berehat.

"Kita ada cara kita sendiri, jadi saya rasa tentera kita tidak perlu untuk dihiburkan oleh artis-artis," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia (Malbatt 3) ke Lebanon di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: