KUALA LUMPUR: Bintang muda Korea, Choi Ji Na atau cukup dikenali sebagai G.Na, 23, berkata album terbarunya, Black and White yang bakal dipasarkan pada 18 Januari ini lebih bersifat keremajaan dan ceria.
Kata G.Na, album pertama itu juga merupakan refklesi dirinya.
"Konsep album pertama ini menonjolkan lagu dan muzik yang bersifat keremajaan, ceria dan merupakan refleksi diri saya sebagai seorang gadis remaja biasa.
"Yang pastinya, pengisian album ini sangat berbeza dengan album mini sebelum ini," katanya yang ditemui pada sidang media konsert Digi Live K-Pop Party 2011 di sini, Khamis.
Penyanyi yang baru setahun jagung itu meraih populariti mendadak selepas kejayaan album mininya Draw G's First Breath pada 2010.
Selain popular dengan lagu-lagu seperti Supa Solo dan I Will Get Lost, You Go Your Way (bersama Doo Joon dan Jun Hyung daripada kumpulan Beast), G.Na turut pernah bekerjasama dengan penghibur sensasi Rain menerusi Things I'd Like To Do With My Lover.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: