Saturday, January 15, 2011

PM Itali disiasat kes pelacuran


GAMBAR bertarikh 11 November lalu menunjukkan Ruby menghadiri parti di sebuah disko di Genoa, Itali.


ROM - Sebuah akhbar Itali, Corriere della Sera melaporkan semalam bahawa Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi (gambar) kini disiasat berkaitan kes pelacuran melibatkan gadis berusia 17 tahun dari Maghribi.

Menurut laporan akhbar itu, perdana menteri berusia 74 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasanya untuk menyembunyikan pertemuannya dengan gadis tersebut yang mempunyai nama jolokan Ruby.

Namun pejabat Berlusconi enggan memberikan sebarang komen.

Kes itu diketahui umum beberapa bulan lalu selepas tersebarnya berita bahawa Berlusconi campur tangan untuk membebaskan Ruby yang ditahan atas dakwaan mencuri.

Bagaimanapun, gadis itu kemudian dibebaskan polis.

Ruby sebelum ini pernah berada di vila milik perdana menteri itu.

Berlusconi sebelum ini menyatakan beliau tidak pernah melakukan kesalahan.

Beliau menegaskan hanya campur tangan untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan pada Mei lalu.

Gadis itu juga menafikan beliau telah melakukan hubungan seks dengan Berlusconi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: